Roadblock Sekatan Jalan 24-jam Di Setiap Daerah Di Malaysia - Mulai 23 November 2022 pihak Polis Diraja Malaysia bertindak mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah di setiap negeri. Ini termasuklah setiap daerah di negeri Sabah.
Well, kenapa pula tiba-tiba diwujudkan sekatan jalan raya di setiap daerah ni?
Semuanya gara-gara situasi meruncing akibat belum ada perlantikan rasmi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas tamat Pilihanraya Umum ke-15 pada 19 November 2022.
Bimbang gara-gara ketidakstabilan politik bakal mewujudkan rusuhan kaum ataupun tindakan agresif oleh sesetengah pihak yang mahu mempamerkan rasa tidak puas hati mereka terhadap situasi politik semasa di Malaysia.
Kini, penantian siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sudah masuk ke hari ke-4.
Menurut kenyataan Inspector-General of Police (IGP) Acryl Sani Abdullah Sani dalam laporan dari New Straits Times, sekatan jalan raya ini diadakah bagi meningkatkan tahap "omnipresence" - dari pemahaman saya ia bermaksud bagi memastikan pihak Polis sentiasa ada bagi memantau situasi semasa.
Berikut petikan imej Kenyataan Media dari Ketua Polis Negara sepertimana yang dikeluarkan secara rasmi oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sila klik atau sentuh gambar untuk besarkan imej.
Roadblock Sekatan Jalan 24-jam tidak akan diadakan ketika tiba waktu kemuncak iaitu waktu tengahari juga waktu petang selepas tamat waktu pejabat untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Namun, sudah pasti akan diadakan di waktu sebelah malam sehingga ke waktu pagi.
Agaknya sampai bila Sekatan Jalan Raya 24-jam ni akan berlangsung? Kita hanya tunggu dan lihat. Mungkin sehingga keadaan politik semasa dalam bulan November 2022 sudah stabil.
Catat Ulasan