Christiano Ronaldo Tinggalkan Manchester United Serta Merta Dalam Minggu Terakhir Bulan November 2022 - Bagi saya ini sesuatu yang sungguh mengejutkan.
Christinano Ronaldo, satu-satunya pemain bola sepak di atas muka bumi yang mempunyai 500 juta follower di Instagram mengumumkan telah keluar meninggalkan kelab bola sepak Manchester United secara serta merta dalam minggu terakhir bulan November 2022 ketika World Cup 2022 baru sahaja berlangsung.
Kontrak Christiano Ronaldo dengan Manchester United sebagai pemain jersi Nombor 7 masih lagi sah sehingga Jun 2023 namun Christiano Ronaldo mengambil keputusan untuk keluar dari Manchester United secara merta lalu menamatkan kontraknya lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Nampaknya Christiano Rondaldo benar-benar sudah tidak sabar mahu keluar dari kelab Manchester United hingga membuat keputusan keluar begitu sahaja secara serta merta.
Oleh kerana itu Christiano Ronaldo boleh saja bebas menyertai mana-mana kelab bola sepak tanpa perlu menunggu bulan Januari 2023 di masa pasaran pertukaran permain bola sepak akan dibuka secara rasmi.
Mengikut laporan dari ManUtd.com iaitu portal berita rasmi kelab Machester United dalam satu entri terbaru pada 23 November 2022, pemergian Christiano Ronaldo dari kelab tersebut benar-benar telah disahkan..
Berikut petikan dari portal tersebut..
"Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect.
The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford, scoring 145 goals in 346 appearances, and wishes him and his family well for the future.
Everyone at Manchester United remains focused on continuing the team’s progress under Erik ten Hag and working together to deliver success on the pitch."
Dari apa yang saya baca, keputusan Christinano Ronaldo meninggalkan Manchester United serta merta adalah disebabkan rasa tidak puas hati terhadap Ten Hag, pengurus kelab Machester United dan tidak puas hati terhadap tabiat pemain-pemain muda terhadapnya di Manchester United.
Christiano Ronaldo sendiri sudahpun "tua" dan sudahpun berumur 37 tahun.
Dalam era bolasepak professional jika masih bermain pada umur 35 tahun ke-atas pemain itu akan dianggap "suda tua" dan sepatutnya bersara untuk memberi peluamg kepada pemain-pemain lebih muda.
Christiano Ronaldo masuk semula ke Manchester United dan menyarung jersi keramat nombor 7 pada tahun 2021 selepas menamatkan kontrak dengan Juventus.
Jersi Nombor 7 Machester United sebelum ini disarung oleh Eric Cantona pada era awal milenium 1998-2002 kemudian dipakai oleh David Beckham sebelum disarung oleh Christiano Ronaldo sendiri selepas David Beckham keluar dari Machester United.
Situasi keluar serta merta ni bakal mengakibatkan kes saman-menyaman antara pihak Manchester United dengan Christiano Ronaldo atas alasan pelanggaran kontrak di mana Christiano Ronaldo bertindak keluar dari kelab serta merta dan berhenti menjadi pemain Machester United sebelum tarikh kontraknya tamat secara rasmi.
Apakah nasib Christiano Ronaldo selepas ini?
Sama-samalah kita nantikan.
Wah! Biar betul.. ingatkan ronaldo kekal lama di MU rupanya tidak.. sedih..
BalasPadamCatat Ulasan