perdana menteri malaysia ke 10 - anwar ibrahim muhyidin yasin

Penantian Siapa PM Malaysia Ke-10 Masuk Hari Ke-4 | Semenjak dari hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU 15) pada 19 November 2022 haritu, kini masih belum ada lagi kata putus siapakah yang bakal menjadi PM Malaysia Ke-10.


Sejak 20 November 2022 selepas keputusan rasmi di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) para pemimpin tertinggi yang bertanding pada PRU15 gagal mencapai majoriti 112 kerusi untuk membentuk kerajaan baharu.


Sejak dari hari itu jutaan rakyat Malaysia tertanya-tanya siapakah nanti yang akan menjadi Perdana Menteri ke-10.


Selepas tamat pilihanraya umum ke-15 hanya ada 2 nama yang sering disebut-sebut menjadi Perdana Menteri ke-10 iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. 


Pihak Anwar Ibarahim dan Muhyiddin Yassin masih belum mencapai kata putus siapakah di antara mereka yang layak menjadi Perdana Menteri Ke-10. 


Pakatan Harapan iaitu gabungan parti politik di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memangi 82 kerusi parlimen manakala Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin memenangi 73 kerusi parlimen. Parti Barisan Nasional pula memenangi 30 kerusi parlimen.


Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah telahpun berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan Muhyidin Yasin pada 22 November 2022.


Setelah itu, Yang Dipertuan Agong juga telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional (BN) pada 23 November 2022 bagi meminta cadangan juga pendapat mereka.


Selepas ini menurut laporan dari Free Malaysia Today, Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah akan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Raja-Raja sebelum membuat keputusan siapakah bakal dipilih oleh Baginda menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10.


Secara peribadi bagi saya situasi ini benar-benar meletakkan suasana senario politik Malaysia di situasi tidak stabil yang berisiko mencetuskan rusuhan kaum juga tindakan provokatif.


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bagi membendung apa jua tidakan diluar jangka.


Muhyiddin Yassin telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-8 ketika Mac 2020 saat Covid-19 baru sahaja menyerang Malysia. 


Manakala Anwar Ibrahim pula belum pernah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.


Boleh dikatakan, jawatan Perdana Menteri Malaysia sudah lama menjadi impian beliau semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir Mohammad.


Sama-samalah kita nantikan siapakah tokoh yang akan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.



Post a Comment