nad zainal masuk icu kuman di paru-paru,

Nad Zainal, pelakon wania popular telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-parunya. Apabila seseorang dijangkiti kuman pada paru-parunya ia akan mengakibatkan kesukaran bernafas.


Nad Zainal telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 22 November 2022. Shahrulezad Mohameddin, iaitu pengarah yang mengendali Nad Zainal mengatakan Nad terpaksa ditidurkan gara-gara jangkitan tersebut.


Sementara itu, Ungku Ismail, yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Nad Zainal meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan pelakon itu.


Menurut Aina Liza yang juga merupakan rakan baik kepada Naz Zainal,dia mengatakan keadan terkini Nad Zainal sudahpun stabil namun masih lagi berada di dalam unit rawatan rapi untuk pemantuan dari semasa ke semasa.


Untuk info, berikut maksud dan definisi jangkitan kuman di paru-paru dipetik dari portal MyHealth.go.my...


Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).


Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.


Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.


Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.


Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan nyawa. Sama-samalah kita tunggu perkembangan terkini Nad Zainal nanti.



Post a Comment