Terus Melangkah

 


Terus Melangkah - Sedar tak sedar blog Motivasi Ini Sudah 15 Tahun - Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana dengan izinNYA dapatlah saya masih berblog di sini. 

Ramai kata blog-blog 'Blogspot' ni blog sampah. Tapi bagi saya tidak kisahlah blog tu blog Blogspot ka atau blog Wordpress berbayar ratus-ratus ka.. tu semua tidak penting. Saya masih terus melangkah. Terus menaip artikel blog dan masih terus berpinspirasi untuk menulis di sini.

Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan passion. 

Blog ini adalah blog pertama saya dalam Bahasa Melayu. Buka pun sebab sedar kurangnya artikel-artikel motivasi juga kata-kata motivasi dalam Bahasa Melayu sekitar pertengahan tahun 2006 hinggalah awal tahun 2007.

Apabila cari artikel-artikel motivasi di internet artikel yang ada pada masa tu hanyalah yang itu-itu sahaja - maksud saya artikel yang smaa tapi di copy paste banyak kali berkali-kali hingga ke 100-200 website. 

Ketika itu sekitar tahun 2007 tidak ada blogger yang menghasilkan artikel berkaitan motivasi diri, motivasi hidup juga berkaitan fikiran positif.

Saya lihat itu satu masalah besar. Jadi saya pun tulislah artikel-artikel motivasi di blog ini. Tulis dari hati.Saya tidak copy paste artikel dari buku-buku motivasi. Saya tidak copy paste dari blog lain. Saya hanya mahu menulis terus dari hati.

Blog yang anda sedang tatap ini adalah satu-satunya blog saya dalam Bahasa Melayu hingga sekarang saat kita dah menginjak ke bulan November di tahun 2021. Blog ini menjadi peneman setia saya sekitar 2008 sehinggalah 2012. 

Terus Melangkah Walau Apa Kegagalan Muncul

Ramai follower blog ni juga pembaca setia blog ni tidak tahu saya dah berkahwin pada Ogos 2012. Selepas 5 tahun berkahwin saya dan bekas isteri sepakat menamatkan perkahwinan kami pada 19 September 2017. Saya tidak pernah cerita di sini.

Hanya 5 tahun perkahwinan saya bertahan. Masa tu tiada gaduh. Tiada permusuhan. Cuma berbincang dengan cara baik dan penuh toleransi. Bincang dengan penuh kematangan fikiran.

Saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan saya. Bukannya tidak sayang isteri. Bukannya tidak sayang perkahwinan kami yang dah di bina. Bukannya tidak sayang duit berpuluh ribu yang dah saya habiskan untuk majlis perkahwinan saya dengan bekas isteri saya.

Keputusan itu saya buat apabila saya lihat sendiri bekas isteri juga sudah tidak komited lagi dengan perkahwinan kami. 

Bahkan dia sendiri yang minta supaya perkahwinan kami di bubarkan sebab dia sudah tidak sayang. Dia ada impiannya sendiri yang dia mahu capai. Dalam impiannya itu hanya ada dia sahaja. Tiada saya sebagai suami dia. Rasanya kami masing-masing selesa being single.

Perkahwinan saya gagal. Selama dalam tempoh perkahwinan tu bekas isteri saya ada mengandung sekali. Dia mengandungkan anak pertama kami.

Tapi kandungannya gugur. Inevitable miscarriage. Umur kandungan 5 bulan. Saya duduk terpaku termenung sendirian ketika hal itu terjadi. Hidup saya tidak lari dari bermacam cubaan. Hidup saya tidak pernah berhenti dari bermacam jenis kegagalan.

Walau perkahwinan saya gagal dan walau anak sulung saya meninggal dalam kandungan ketika umurnya 5 bulan saya terus melangkah meneruskan hidup. Selepas berpisah dengan bekas isteri saya sudah tidak lagi berhubung dengannya. 

Itu juga keputusan saya. Sebab saya lebih selesa begitu. Bekas isteri saya juga sama. Dia tiada langsung usaha contact saya atau cari saya. WhatsApp tidak. Email tidak. Ganjil kan. Walau komunikasi sekarang ini serba canggih tapi kami langsung tidak contact antara satu sama lain.

Ini kerana bagi saya thats my choice. Dia dengan pilihan yang dia dah pilih. Saya pula dengan jalan hidup yang saya dah pilih. Selepas selesai menguruskan perceraian di Mahkamah Syariah saya memutuskan untuk berpindah ke tempat tinggal baharu kemudian menukar nombor telefon ke nombor telefon baharu.

Hidup saya banyak digelumangi kegagalan tapi saya tetap tidak patah semangat untuk mencapai apa yang saya nak dalam hidup pada ketika itu.

Setiap orang punya cabaran hidup masing-masing. Setiap orang jalan hidupnya berbeza walau nampak sama. Tidak semestinya orang lain bahagia kita pun akan bahagia macam dia. Tidak semestinya apabila kita bahagia orang lain pun confirm akan bahagia apapila ikut-ikut cara kita.

Segala apa yang terjadi dalam hidup saya banyak mematangkan diri. Setelah melalui bermacam jenis kegagalan dan bermacam jenis situasi penuh tekanan saya dah boleh buat keputusan dengan berhemah. 

Situasi kegagalan banyak mengajar saya bagaimana untuk berfikiran positif, bagaimana untuk bertindak positif dan bagaimana untuk tenang dan setiap perkara walau seburuk manapun situasinya.

Tidak semua orang boleh terima perceraian dengan baik sekali. Saya dan bekas isteri berpisah tanpa pengetahuan ibu bapa saya juga tanpa pengetahuan ibu bapa mertua saya. Pada masa itu dalam bulan September 2017 bapa mentua saya dan mak mentua saya sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi menyempurnakan ibadan haji.

Jadi tak elok juga nak gitau diorang masa tu. Selepas bapa mertua saya dan ibu mertua saya tiba dari Tanah Suci Mekah saya dan bekas isteri teruskan proses perceraian kami. Masing-masing dah tekad. Itulah yang sebaiknya bagi kami. Sepanjang proses perceraian tu berjalan kami berdua membisu seribu bahasa. Bercakap apabila perlu.

Hal ini tidak perit bagi saya setiap kali ingat kerana saya sudah terima hakikat situasi lalu dah berlaku. Apa yang berlalu biarkanlah berlalu. Usah di kenang selalu. Kalau nak di kenang pun usahlah di kenang lama-lama. Cukuplah sesaat cuma.

Jadi saya pun move on sajalah. Orang dah tak nak sayang kita. Nak buat cemana, kan? 

1 tahun selepas bercerai dengan bekas isteri barulah saya beritahu situasi percerain itu dengan ibu saya juga bapa saya. Mak saya dan bapa tenang-tenang saja. Ketika balik ke kampung pada Aidilfitri 2018 baru saya beritahu hal itu. Itu pun sebab mak tanya sebab dia nampak saya balik sendirian.

Selepas itu saya set matlamat baharu untuk diri saya. Sebab nak ubah hidup, nak perbaiki semula tahap kewangan, nak perbaiki hubungan dengan keluarga, nak kukuhkan kerjaya dan nak cari bahagia semula.

Berjaya Dapat Kerjaya Idaman

Selepas move on dengan kegagalan perkahwinan saya telah menulis 3 matlamat hidup yang saya mahu capai dalam tahun 2017. Matlamat pertama adalah mendapat kerjaya idaman. Kerjaya idaman saya adalah menjadi Webmaster sepenuh masa - sebab saya suka web design, graphic design dan creative writing. 

Saya mahu ada masa yang banyak untuk membaca, menulis artikel, berenang dan merekabentuk laman-laman web. Ada hikmahnya juga perceraian berlaku kerana saya ada banyak masa untuk diri sendiri.

Masih ke bulan Oktober 2017 setiap malam selepas selesai makan malam saya akan tulis matlamat hidup saya yang paling utama tu berkali-kali di sebuah kertas kosong. Setiap kali tulis saya akan tulis sebanyak 55 kali hingga ke 100 kali.

Selama menulis matlamat tu fikiran saya terbayang-bayang kerjaya idaman saya tu seolah-olah saya dah berjaya mendapat kerjaya saya tu sekarang ini pada hari ini di saat ini. Begitulah saya. Matlamat utama tu (nak dapat kerjaya Webmaster) saya tulis berkali-kali pada setiap malam.

Ingat lagi kan pasal Law Of Attraction yang banyak saya tulis kat blog ni sekitar tahun 2008? Well apa yang saya pelajari pasal Law Of Attraction dari buku-buku yang saya baca saya praktikkan sepenuhnya. Dari situlah saya beroleh motivasi bahawa hidup saya pasti boleh jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Dalam masa yang saya terus rajin berdoa kepada Yang Maha Esa semoga matlamat saya tercapai. Saya berdoa di antara azan Subuh dengan iqamat Subuh, selepas itu saya berdoa selepas habis solat, kemudian selepas tu saya berdoa setiap kali selesai solat hajat pada setiap malam.

Hanya pada DIA lah tempat saya mengadu. Masa tu saya sudah tidak ada isteri. Tidak ada anak. Parents pun jauh. Kawan-kawan dah menjauh sibuk dengan keluarga masing-masing.

Cuma saya sendiri sahaja. Masa yang ada saya luangkan dengan membaca, berzikir dan berfikir macam mana nak perbaiki hidup saya. Hidup saya jadi sunyi. Sunyi tu memanglah sunyi tapi sunyi tu memberi ruang untuk saya mempunyai masa bagi diri sendiri.


Sekitar awal Oktober 2017 saya dipanggil untuk temuduga sebagai Webmaster di sebuah syarikat pelancongan. Akhirnya impian saya tercapai. Matlamat untuk beroleh kerjaya sebagai Webmaster sepenuh masa berjaya saya capai.

Itulah kerjaya saya sehingga ke hari ini - pada saat anda sedang baca artikel ini. 

Walaupun negara kita di landa pandemik Covid-19 namun saya masih memiliki kerjaya idaman saya selama ini. Saya suka kerja ni sebab minat. Bila dah minat saya tak sedar performance kerja saya lebih dari yang ditetapkan oleh bos. Semua ini berlaku dengan izin Allah swt.

3 Langah Untuk Dapat Motivasi Nak Ubah Hidup

Bagi anda yang baru sampai ke blog ini saya bukanlah seorang pakar motivasi. 

Bahkan saya tiada kelulusan langsung dalam bidang motivasi dan psikologi. Tapi saya banyak membaca buku-buku motivasi untuk mencari semangat buat diri sendiri dalam proses ubah hidup jadi lebih baik.

Lagipun saya tidak pernah muncul di kaca tv ataupun tayang muka di mana-mana video live di social media. Hingga ke saat ini saya lebih selesa menjalani hidup dengan penuh privasi. 

Segala macam motivasi yang saya tulis di blog ini semuanya hasil dari pengalaman saya sendiri. Ia hasil dari situasi-situasi yang saya lalu. Bukan yang saya salin dari buku-buku motivasi. Bukan teori semata-mata tapi dari pengalaman sebenar hidup saya sendiri.

Bagi yang baru di sini saya juga bukanlah student kolej ataupun student universiti. Pada saat artikel ni saya terbitkan saya dah masuk ke umur 41 tahun. Kata orang life begins at 40. Ya tu memang betul. Pada umur 40-an ni barulah mengerti apa erti hidup tu sebenarnya.

Khusus buat anda yang sedang mencari-cari motivasi untuk ubah hidup jadi lebih baik dari yang sekarang di masa akan datang, ni 3 langkah yang saya telah lakukan..

Langkah 1 - Tulis Matlamat

Kenapa tulis? Kenapa tak taip saja di smartphone? Kan sekarang ada Google Note, ada SimpleNote, ada EverNote... gunakan saja teknologi masa kini.

Sebenarnya apabila anda tulis matlamat yang anda nak capai di atas kertas ia akan lebih senang di capai. Ini saya alami sendiri dari pengalaman hidup sendiri. Sebelum ni saya taip matlamat dalam Google Keep di smartphone Android saya. Pastu saya akan tengok setiap jam. 

Tapi oleh kerana di smartphone tu ada WhatsApp, ada Telegram, ada Facebook, ada Instagram, ada YouTube, saya jadi leka. Saya jadi tidak fokus terhadap matlamat. Walaupun saya baru sahaja baca matlamat hidup selepas tu jari saya akan picit ikon YouTube. Pastu Facebook. Pastu buka Instagram. Pastu check mesej WhatsApp.

Lama-kelamaan saya perasa minda saya tidak terfokus pada matlamat yang saya nak capai. Sebabnya terlalu banyak distraction. Selepas membaca matlamat yang saya dah taip di Google Keep saya tidak berfikir mengenai cara macam manak nak capai matlamat tu. Saya tidak membayangkan matlamat yang saya nak capai tu.

Sebaliknya fikiran saya terganggu oleh sikap juga perangai nak tengok apa yang terkin di Facebook, apa yang terkini di Instagram, apa yang terkini di channel Telegram yang saya follow.

Tetapkan matlamat hidup. Sebab kalau tiada matlamat anda akan rasa hidup anda sekarang ni kosong. Kenapa ramai orang selalu rasa boring dan bosan? 

Sebab dia tidak ada matlamat. Masa dan tenaga yang orang tu ada hanya di habiskan untuk menghilangkan kebosanan. Jadi bila tidak ada matlamat tiada apa yang dia akan usaha untuk capai. Bila tidak ada apa nak di capai akhirnya masa terbuang untuk main games, berjalan-jalan tanpa arah, tidur lama, lepak-lepak dan shopping berlebihan.

Hal ini saya dah lalui sendiri. Jadi untuk ubah hidup dari selalu 'miserable' yang bahagia dan berjaya capai apa yang kita nak, langkah pertama adalah tulis matlamat pada sebelah malam. Kenapa malam? Sebab pada waktu malam keadaan suasana amat tenang.

Dari asyik simpan matlamat dalam Google Keep saya tekad ubah keadaan tu dengan mulai menulis matlamat yang saya nak capai sebanyak 50-100 kali di atas kertas. Back to basic. Akhirnya dalam beberapa bulan kemudian saya berjaya capai apa yang saya matlamat.

Jadi jangan pandang rendah dengan amalan menulis matlamat di atas kertas. Tabiat menulis matlamat di atas kertas jauh lebih berkesan dari menaip matlamat lalu save di dalam smartphone. Saya dah lalui hal ini sendiri dan saya berani akui keberkesannya.

Minda kita dan fikiran kita juga relaks apabila menulis matlamat di sebelah malam terutama 1 jam sebelum tidur. Jangan tunggu nak ngantuk baru start tulis matlamat. Percayalah anda tidak akan tulis matlamat tu sebab ngantuk nak tidur

Apabila menulis matlamat berkali-kali di waktu malam fikiran kita mudah nak menerima apa jua saranan. Mudah nak menyerap dan 'memahami' apa yang kita bayangkan. 

Sebab tu lah apabila membayangkan masalah pada waktu malam hasilnya kita akan dapat lebih banyak masalah - ini kerana apabila selalu bayangkan masalah minda kita fahami bahawa itulah yang kita mahu.

Jadi minda kita akan temukan kita dengan masalah-masalah lain agar kita selalu dalam masalah. Semuanya sebab kita selalu fikir masalah. Bukan penyelesaian masalah.

Tulis matlamat setiap malam membuat minda anda terfokus sepenuhnya kepada matlamat anda - iaitu apa yang anda nak capai. Apabila anda tulis matlamat secara automatik anda akan berfikir mengenai matlamat anda itu. 

Apabila anda berfikir pasal matlamat anda maka minda anda memahami itulah yang anda mahu sebenarnya sekarang ini di dalam beberapa hari akan datang, beberapa minggu akan datang, beberapa bulan akan datang.

Anda akan bertemu dengan situasi-situasi yang membuat anda semakin dekat dengan matlamat anda. Apabila selalu memikir matlamat dan selalu membayangkan matlamat samalah macam kita berdoa berkali-kali kepada Yang Maha Esa.

Dulu saya selalu berkata apa yang kita banyak fikirkan itulah yang akan terjadi. Hal ini dah saya lalui sendiri. Itulah sebabnya walau banyak masalah berlaku dalam hidup saya, selepas itu saya tidak fokus kepada masalah sebaliknya fokus kepada menyelesaikan masalah iaitu dengan menetapkan matlamat lalu tulis matlamat selalu berkali-kali khususnya di waktu malam.

Apabila anda rajin tulis matlamat anda akan rasa bermotivasi untuk ubah hidup jadi lebih baik.

Langkah 2 - Fikir Macam Mana Nak Capai Matlamat.

Apabila dah tulis matlamat banyak kali langkah seterusnya adalah banyakkan berfikir mengenai cara-cara macam mana nak capai matlamat. Apa yang banyak kita fikirkan itulah yang akan dizahirkan di dunia realiti.

Saya pun tak tahu bagaimana ini semua terjadi. Tapi saya tahu dan saya faham apabila kita asyik fikir pasal masalah tak semena-mena lebih banyak masalah-masalah lain akan muncul. Semuanya sebab kita asyik fikir masalah.

Tapi apabil kita banyak fikir penyelesaian masalah dan fikir macam mana nak selesaikan masalah lama-kelamaan kita akan terfikir sesuatu idea lalu tiba-tiba terbayang langkah-langkah untuk setel kan masalah tu. 

Cara terbaik untuk fikir macam mana nak capai matlamat adalah dengan menulis langkah-langkah yang boleh anda capai di atas kertas. Alaaa tulis lagi di atas kertas.

Kenapa buat gitu? Sebab ada akan beroleh lebih banyak motivasi dalam proses untuk capai matlamat. Motivasi tidak akan anda perolehi apabila menaip matlamat dalam smartphone. 

Sebaliknya anda akan merasai sebuah motivasi juga sebuah dorongan tiba-tiba rasa bersemanat nak capai matlamat apabila anda tuliskan idea-idea macam mana nak capai matlamat di atas kertas.

Langkah 3 - Ubahsuai Cara Berusaha Hingga Matlamat Berjaya Dicapai

Apa yang saya cerita dalam artikel kali ni betul-betul saya lakukan sendiri dan saya alami sendiri. Apabila anda dah lakukan Langkah 1 (Tulis Matlamat) kemudian anda lakukan pula Langkah 2 (Fikir Macam Mana Nak Capai Matlamat) langkah seterusnya ada bertindak berusaha capai matlamat.

Dalam proses anda berusaha capai matlamat tak semua tindakan-tindakan anda akan membuahkan hasil. Anda perlu ubah suai starategi hinggalah matlamat anda benar-benar berjaya di capai.

Hal ini nampak simple tapi sukar sebab tidak semua orang ada motivasi untuk terus rajin berusaha capai matlamat. Tak semua orang mampu konsisten dalam keadaan susah juga serba payah.

Ramai di kalangan kita lebih selesa give up di peringkat awal. Sebab tidak semua orang boleh endure pain. Saya juga alami hal ini. 

Dalam proses berusaha mencapai matlamat seringkali strategi yang kita gunakan tidak mendatangkan hasil. Banyak mendatangkan kegagalan. Tapi sebenarnya dari kegagalan itulah kita dapat tahu apa strategi yang tidak menjadi.

Oleh itu kita kena lakukan strategi yang menjadi supaya benar-benar berhasil. Juga supaya matlamat dapat di capai dengan jayanya.

Dalam situasi hidup saya sendiri dalam proses mencapai matlamat memiliki kerjaya sebagai Webmaster sepenuh masa saya berdepan dengan beberapa cabaran iaitu kurang mahir aspek rekaan grafik, masih belum lancar menggunakan kod-kod HTML dan CSS kemudian masih agak ketinggalan mengenai perkembangan aktiviti search engine optimization selari dengan perkembangan masa kini.

Itulah antara halangan-halangan yang saya hadapi. Menyedari hal itu saya fokuskan minda kepada proses mencari penyelesaian. Saya asyik berfikir macam mana nak selesaikan. Selepas itu beberapa idea pun timbul. Saya senaraikan satu-persatu. 

Saya tulis di atas kertas penyelesaian-penyelesaian tu semua satu persatu. Walau sekarang zaman masih canggih tapi menulis di atas kertas jauh lebih berkesan.

Akhirnya saya ditemukan dengan kursus pendek (short course) di mana saya boleh belajar dengan lebih mendalam mengenai HTML, JavaScript juga CSS, mendalami aspek penciptaan template untuk Google Blogger, mendalami cara-cara membuat theme untuk Wordpress kemudian berkenalan dengan beberapa rakan sekelas yang juga berminat mengenai pembinaan laman web juga hal-hal berkaitan Wordpress.

Dalam pada itu selesai sahaja kelas saya akan cari banyak bahan bacaan di internet berkaitan dengan topik optimasi enjin carian (search engine optimization). Enjin carian seperti Google dan Bing sering ditambahbaik setiap minggu dan ada sahaja pembaharuan terkini akan diperkenalkan. Teknologi internet juga berkembang pesat dengan pantas. Teknologi yang di cipta 6 bulan lalu jadi sudah tidak relevan lagi dengan masa kini kerana sudah 'lapuk' walau baru 6 bulan. Haa camtulah lajunya teknologi internet berubah.

Proses untuk mendapat kerjaya idaman saya iaitu sebagai Webmaster juga harus menempuh sesi temuduga sebanyak 2 kali. Setiap sesi temuduga memakan masa 1 jam. Ada ujian untuk mengenalpasti tahap kemahiran saya menulis kod-kod. Selepas itu ada ujian lisan. Saya di tanya mengenai Wordpress, mengenai Bootstrap kemudian mengenai strategi optimasi enjin carian (search engine optimization). Selepas sesi temuduga kedua yang ambil masa 1 jam saya menarik nafas lega.

Setelah itu saya kembali menjalani hidup seperti biasa. Saya pasrah. Berserah sepenuhnya. Dapat atau tidak terpulanglah. Saya kembali sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian.

Hampir sebulan selepas itu saya menerima email dari majikan baharu meminta saya untuk lapor diri pada awal November 2015. Saya akhirnya di tawarkan jawatan baharu sebagai Webmaster sepertimana yang menjadi matlamat saya. 

Apa yang saya pelajari di sini adalah usah pandang rendah dengan tindakan menulis matlamat di atas kertas pada waktu malam 1 jam sebelum tidur. Ini kerana apa yang anda tulis sebagai matlamat anda pada masa itu akan dimunculkan menjadi realiti dalam masa beberapa bulan akan datang.

Apa yang kita banyak fikirkan menjadi ibarat doa. Semakin kerap kita berfikir dan semakin banyak kita fikir mengenai sesuatu hal itu lama kelamaan kita akan jadi so passionate mengenainya. Apabila anda passion di situ akan ada fokus. Apa yang banyak kita fokuskan itulah yang akan jadi.

Law Of Attraction is real. Ia benar-benar ada. Samalah macam 4G dan Wifi. Tak nampak. Tak boleh rasa. Tapi ada... kan? Hal yang saya ceritakan di sini benar-benar saya alami sendiri.

Oleh kerana itu jaga-jagalah dengan apa yang ada di fikiran, apa yang ada di pertuturan, jaga-jagalah apa yang banyak bermain di minda.