12 Tahun Dah

Sedar tak sedar sudah 12 tahun juga blog ini wujud di alam maya.

Blog ini saya buka pada 29 Mac 2007. Hari ini, ketika saya update post ni, tarikh sudah menginjak ke angka 21 Julai 2019.

Ia sudah menjadi sebahagian dari diri saya. Hampir 90% hidup saya berada dalam kandungan blog ini. Dulu, kerap benar saya menaip artikel mengenai kehidupan saya tapi kini tidak lagi.

Semuanya kerana saya mahukan privasi.

Hidup saya telah saya lakarkan agar menjadi dibelakang tabir. Biarlah orang cuma kenal saya saja dan tahu blog apa nama blog saya tapi tidak tahu menahu mengenai kehidupan peribadi saya.

Lagi satu blog ini saya dirikan untuk berkongsi artikel-artikel motivasi yang saya tulis berdasarkan perjalanan hidup. Setiap orang punyai perjalanan hidup berbeza. Saya menulis artikel blog dari perspektif sendiri.

Dari pengalaman dan dari situasi-situasi yang saya alami, dari situlah saya jadikan pembelajaran. Hidup ini punya cara tersendri untuk mengajar kita. Cara hidup ini mengajar kita semuanya bergantung pada apa yang kita mahu dan apa matlamat kita.

Setiap Hari Adalah Hari Baru


Setiap hari adalah hari baharu. Usah bandingkannya dengan hari-hari sebelumnya. Jadikan hari ini hari terbaik buat anda bahkan lebih baik dari yang sebelumnya.

Bercakap memang senang tapi buatnya payah. Begitulah cabaran yang kita tempuhi sebagai manusia biasa.

Memang ramai orang bercakap dengan penuh motivasi, penuh berapi dan kata-katanya pun penuh bersemangat. Tapi apabila sampai ke tahap tindakan, apa pun tidak ada. Apa pun tidak ada dapat capai apa-apa.

Semoga kita dijauhkan dari sikap sebegitu.

Sekarang ini setiap hari saya akan tulis "to do list" iaitu senarai perkara-perkara yang perlu saya laksanakan.

Senarai tersebut adalah matlamat saya pada hari itu. Jika saya tidak berjaya capai saya akan pasang tekad untuk selesaikannya pada hari esok.

Ini kerana saya peruntukkan bajet masa yang dalam setiap perkara yang saya lakukan. Waktu tidur pun kadangkala saya kurangkan supaya syaa dapat beri lebih banyak masa kepada perkara-perkara penting.

Buat anda yang mengenali saya, terim kasih kerana setia dengan saya di sini.


Tiada ulasan: