Apa Makna "Breaking The Limit" Bagi Saya

Cheap products have limits. Dulu saya selalu beli barang-barang murah.. ya lah.. sebab murah kan.

Beli asal ada.. asal dapat menggunakan fungsinya.

Sebagai contoh, untuk fon saya cuma beli Lenovo A560 berharga RM190. Smartphone low level ataupun fon low class.

Asal ada. lagipun untuk WhatsApp dan Facebook sahaja. Sms dan call jarang guna.

Tapi lama kelamaan selepas lebih kurang 6 bulan pakai fon tu saya dapati fon tu dah mula meragam.

Prestasinya merundum. Slow.

Selalu freeze tidak tentu pasal.

Membuat saya selalu geram dan sakit hati pastu stress.

Kadangkala ketika dilanda kesibukan sewaktu hendak berurusan cepat dalam masa yang singkat, fon yang saya gunakan tiba-tiba jem tak tentu pasal.

Apalagi saya pun ikut jem juga sebab mesej-mesej penting ada dalam tu.

Begitu juga dengan benda-benda lain. Saya selalu beli yang murah.

Water heater beli yang murah. Seterika baju pun beli yang murah. Asal beli barang mesti tanya ada diskaun ka tidak dan boleh murah lagi ka tidak.

Ya lah.. semua mau murah sebab mahu berjimat. Juga sebab barang-barang tu murah.

Tapi oleh kerana murah maka kualitinya rendah.

Akibatnya, hasil tidaklah seberapa. Tidak tahan lama dan tempoh penggunaan pun sekejap sahaja.

Sampai ke satu tahap saya tiba-tiba berasa fed-up dengan semua itu. Ini kerana semuanya saya rasakan ada "limit" iaitu tahap tertentu.

Mesti ada sahaja halangan atau masalah yang timbul.

Semuanya kerana barang-barang yang saya gunakan adalah barang-barang 'second hand' (kerana dibeli pada harga murah) atau barang-barang low class (kerana dijual pada harga murah) .

Ada sebab kenapa benda tu jadi murah. Ini kerana kos pengeluarannya rendah maka ia dapat dijual pada harga murah.

Kenapa pula kos pengeluaran rendah? Itu kerana dibuat menggunakan bahan-bahan kurang berkualiti.

Bahan-bahan kurang berkualiti biasanya tidak tahan lama. Cepat rosak dan kalau dipakai mungkin boleh pakai sekali dua sahaja.

Macam tayar kereta. Kalau beli tayar yang murah confirm cepat botak dan cepat tamat riwayatnya.

Seperti kereta yang dijual murah juga walaupun baru keluar dari kilang.

Masa tahun pertama masih OK tapi apabila masuk di tahun kedua, tahun ketiga dan tahun-tahun seterusnya, banyak rosak mulai timbul dan banyak part kena ganti.
Duit laju melayang beli part dan bayar mekanik.

Saya sudah lalui hal ini.

Oleh itu saya amat faham perasaan orang yang lalui hal yang sama.

Semuanya kerana satu hal sahaja - income yang amat limited.

Maka dari situlah saya cipta slogan "Breaking The Limit" sebagai pemacu untuk diri saya capai tahap income yang lebih bagus supaya dapat beli barang-barang berkualiti yang akhirnya akan membuat hidup saya lebih gembira.

Anda bagaimana?

Tiada ulasan: