Nikmati Proses Dan Nikmati Perjalanannya

ShueQry-Blogspot-Motivasi-1

Sekarang ini bagi saya cara untuk tidak merasa tertekan dalam proses berusaha merealisasikan matlamat dan mencapai target adalah dengan ENJOY THE PROCESS dan ENJOY THE JOURNEY.

Untuk mencapai matlamat, saya biasanya pecahkannya kepada langkah-langkah yang perlu dicapai. Dalam pada itu saya akan membina 'to do list' ataupun senarai tindakan.

Saya akan tulis tindakan-tindakan yang saya fikir perlu saya buat supaya saya dapat mencapai matlamat yang telah saya tulis. Ya, apa yang saya cakap ini saya bua sendiri di dunia sebenar dan bukannya hanya cakapan-cakapan kosong sahaja semata-mata.

Sebagai contoh untuk mencapai sale RM500 sebulan saya akan fikir apa langkah-langkah yang perlu saya buat. Selepas itu, apabila sudah timbul idea saya akan tuliskan lalu senaraikan apa perkara-perkara yang perlu saya laksanakan.

Selepas itu saya akan bertindak mengikut perancangan. Kata orang putih, plan your work then work your plan.

Saya adalah seorang lelaki yang lebih produktif apabila ada matlamat serta ada target mahu dicapai. Begitulah saya.

Nikmati Proses Dan Nikmati Perjalanannya


Setiap hari saat bangun pagi saya akan fikir mengenai perkara-perkara yang saya mahu capai pada hari itu dalam kerjaya saya. Setelah itu saya mandi kemudian bersarapan pagi.

Dalam pada itu saya tetap berfikir mengenai matlamat saya hari ini.

I set a goal every day.

Umpama kita memandu kereta. Kita perlu tahu ke mana kita pergi supaya perjalanan kita tidak sia-sia dan kosong sahaja.

Kalau kita tidak tahu ke mana kita akan pergi akibatnya kita tidak mahu mana destinasi kita dan hidup kita akan jadi kosong kerana tiada matlamat.

Andai kata anda memandu kemudian tidak tahu ke mana mahu dituju akibatnya anda akan memandu dan terus memandu sehingga kenderaan yang anda pandu itu kehabisan minyak juga sehingga anda sudah bosan.

Perkara yang sama berlaku dalam hidup kita.

Kita akan merasa bosan apabila kita tidak ada apa-apa mahu dicapai. Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak meletak matlamat untuk dia capai pada hari itu.

Ruginya. Masa terus berlalu pergi.

Umur semakin bertambah.

Ibarat memandu kereta, memandu dan terus memandu tanpa tahu arah dituju.

Akibatnya kita pun merasa boring selama memandu kerana kita tidak excited memikirkan destinasi yang dituju.

Jadi, hari ini ubahlah diri.

Saya juga sedang dalam proses merubah diri menjadi lebih baik.

Untuk itu, saya letak matlamat. Kemudian senaraikan tindakan-tindakan yang perlu saya buat.

Setelah itu, bertindak.

Saat bermula saya fokus pada proses sebab pelaksanaan proses itulah yang akan membawa saya ke destinasi akhir iaitu matlamat.

Matlamat Amat Penting


Jadi, itulah kenapa saya cakap ulang-ulang matlamat ni penting sangat. Penting tulis atas kertas kemudian letak kat tempat yang kita boleh baca atau ternampak berkali-kali dalam sehari.

Ia membuatkan minda kita terfokus kepada matlamat yang kita mahu capai.

Minda akan memberi kita idea-idea dan saranan-saranan untuk kita mencapai matlamat. Dari idea-idea inilah kita improvise dan kita perbaiki usaha kita akan dapat mencapai matlamat.

Saat anda membaca tulisan saya ini, tanyalah diri sendiri apa yang aku capai sekarang? Kenapa aku mahu capai dan untuk apa?

Tanyakan soalan-soalan itu kepada diri anda berulang-ulang agar anda tahu apa sebenarnya yang anda mahu capai dan apa sebenarnya matlamat anda yang paling penting sekarang.

Matlamat kebanyakan orang biasanya adalah berupa seperti berikut:


  • Dapat lebih banyak duit supaya dapat beli apa jua yang kita mahu tanpa berfikir panjang
  • Dapat pasangan hidup atau kekasih hati yang menyayangi dan akhirnya membuat kita bahagia
  • Dapat memiliki tahap kesihatan cemerlang. Bebas penyakit dan sentiasa sihat.
  • Dapat memiliki jawatan tinggi yang menjadikan anda dihormati serta disegani
  • Dapat mencapai tahap akademik cemerlang supaya dapat membanggakan ibu bapa


Apapun matlamat anda dan walau apapun ia, pastikan ia satu matlamat yang boleh membuat anda gembira saat berjaya mencapainya nanti.

Matlamat gunanya untuk 'push' kita agar maju ke hadapan. Tak ada matlamat maka tak ada sebab untuk kita maju ke hadapan. Tak ada sebab yang kuat kenapa kita perlu berubah.

Dari matlamat akan wujud perubahan positif. Perubahan positif pula akan wujud apabila adanya tindakan.

Matlamat memandu hala tuju tindakan manakala tindakan pula memandu kita menuju ke arah pencapaian matlamat. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.