Kata-kata Semangat - Manfaatkan Masa

motivas-hidup-shueqry-blog-1

Kata-kata Semangat - Manfaatkan Masa | Masa akan terus berjalan ke hadapan. Masa tidak akan pernah undur ke belakang.

Anda dan saya akan semakin menjadi tua. Kita tidak akan menjadi muda semula. Inilah lumrah kehidupan. Ia tidak boleh kita ubah dan kita juga tidak ada kuasa untuk mengubahnya.

Hal ini muncul di minda saya tatkala saya berfikir mengenai apa yang sudah saya lakukan dalam kehidupan saya sendiri sejak beberapa tahun lepas bermula dari zaman mula-mula masuk ke universiti kemudian sehinggalah ke hari ini pada pertengahan bulan November 2016 saat artikel ini saya taip di laptop.

Kadangkala, timbul penyesalan. Kenapa? Kerana saya tidak melakukan yang terbaik pada tahun-tahun lalu. Ya, saya pernah menyesal namun penyesalan itu cuma seketika. Datang kemudian pergi berlalu begitu sahaja.

Ketika di universiti, saya tidak belajar bersungguh-sungguh sebaliknya sibuk bercinta dengan seorang gadis kemudian apabila kami selesai menamatkan pengajian dan sedang menunggu tawaran bekerja, perhubungan cinta yang saya dan dia bina semasa universiti putus begitu sahaja kerana hatinya tertarik kepada seorang lelaki lain yang mempunyai kerjaya tetap serta kacak pula.

Saya pula pada masa itu baru sahaja mencari kerja. Oleh kerana patah hati serta 'bengkok hati' kata orang KK, saya jadi tidak keruan.

Akhirnya, saya hilang matlamat hidup.

Oleh kerana saya hilang matlamat hidup, pada masa itu saya tidak tahu apa saya mahu capai. Saya hanya mahu berseronok-seronok menjalani kehidupan sendiri.

Ketika itu cara saya untuk menikmati hidup adalah dengan pergi ke tempat terpencil misalnya di tepi tasik kemudian menghabiskan masa dengan membaca novel. Pada waktu pagi, saya akan pergi berenang selama dua jam.

Pada waktu petang, saya akan pergi berenang lagi selama dua jam. Saat itu, saya berenang untuk menenangkan fikiran kerana saya merasa amat tenang ketika berada di dalam air walaupun air itu hanyalah air kolam renang.

Bagi sesetengah orang, ada yang merasa tenang apabila berada di dalam air laut. Ada juga yang merasa tenang ketika disiramu air shower ketika sedang mandi tapi bagi saya, ketenangan muncul apabila saya berenang di kolam renang.

Sejak kecil saya dibesarkan dengan suasana laut. Nenek saya tinggal di sebuah kampung di tepi laut. Setiap kali waktu petang, saya dibawa berendam dalam air laut. Ketika itu saya kurang suka air laut kerana airnya amat masin sehingga kurang merasa selesa di tekak.

Andai Dapat Undur Masa


Andai dapat di undur masa, saya akan pergi ke masa lalu kemudian katakan pada diri saya pada masa itu supaya berusaha menjadi atlit renang kemudian sertai perlumbaan-perlumbaan renang, kemudian setelah itu jadi jurulatih renang tatkala umur sudah meningkat.

Pada masa kini saya menyedari passion saya pada renang ketika umur mencecah angka 23 tahun. Ketika itu, saya dilatih secara tidak formal namun berjaya menyertai pasukan lumba renang.

Jika boleh putar masa, saya akan pergi ke masa lalu semasa diri saya berada di zaman universiti.

Jika saya sampai ke masa itu, saya akan jumpa diri saya pada zaman itu lalu mengtakan pada supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat pointer tinggi kemudian bercintalah nanti selepas nikah dan bukannya bercinta semasa sedang belajar di universiti.

Ada sesetengah orang bercinta di universiti sehingga ke jinjang pelamin semasa memasuki fasa awal dunia pekerjaan. Tapi, itu orang lain. Ini saya. Dunia saya dan dunia orang lain itu amat berbeza sekali. Jika dibanding, hanya akan nampak perbezaan. Ikut boleh, tapi dibanding akan nampak beza.

Tidak semestinya benda yang menjadi pada diri orang lain akan turut menjadi pada diri saya. Kadangkala hasilnya berbeza kerana situasi yang dilalui berbeza. Latar belakang juga berbeza. Akhirnya, apa yang terjadi amat berbeza.

Kata-kata Semangat Untuk Diri


Kata-kata semangat untuk diri saya mulai muncul tatkala saya berada di pertengahan tahun 2003. Ketika itu, semasa sedang berjalan-jalan saya ternampak satu buku berwarna biru gelap.

Ada gambar seorang lelaki berkaca mata di muka hadapan buku itu. Tajuk buku itu pula adalah "Membina Imaginasi Cemerlang". Saya rasa tertarikh pada buku itu disebabkan oleh warnanya (navy blue) juga disebabkan oleh lelaki berkaca mata itu yang saya rasa merupakan penulisnya.

Apalagi, saya ambil dari rak buku lalu selak. Oleh kerana saya ingin tahu apa kandungan utama buku itu, saya tiba-tiba terbaca satu perkataan mengenai kegagalan.

Katanya, kegagalan di masa lalu tidak akan menjadi penyebab kita akan gagal lagi di masa akan datang. Kegagalan hidup kita di masa lalu cuma akan menjadi sejarah tapi tidak semestinya menjadi penyebab kenapa kita akan gagal lagi di masa akan datang.

Akhirnya, saya terfikir bahawa kegagalan dan kejayaan kita ditentukan oleh usaha kita sendiri.

Oleh kerana amat tertarik dengan buku itu, saya membuat keputusan untuk membelinya. Saat membelek-belek harga buku itu, saya amat terkejut apabila mendapati bahawa harga buku itu hanyalah RM15 sahaja (pada masa itu di pertengahan tahun 2003 ketika saya berumur 23 tahun).

Sehingga ke hari ini, hidup saya banyak bergelumang dengan kegagalan. Kegagalan pertama saya dalam hidup ini adalah kegagalan bercinta. Kegagalan bercinta menyebabkan pencapaian akademik saya di universiti jatuh merundum.

Kegagalan kedua saya adalah kegagalan mendapat jawatan kerja kerajaan sepertimana ibu bapa saya mahukan kerana gagal mendapat keputusan amat baik ketika belajar di universiti.

Setelah itu, saya berusaha dengan inisiatif sendiri. Masuk ke tahun 2004 sehingga ke hari ini, saya masih lagi bekerja dengan syarikat swasta dan bukannya dengan jabatan kerajaan. Anda boleh katakan saya gagal mendapat kerja kerajaan kerana sememangnya tidak layak.

Oleh kerana tidak layak bekerja dalam mana-mana jabatan kerajaan ataupun agensi kerajaan, saya memutuskan untuk cari duit menggunakan usaha sendiri.

Gaji saya pada masa itu juga amat sedikit. Untuk menambah pendapatan, saya berusaha mencari sesuatu untuk dijual secara online kerana saya kurang yakin menjual secara offline di dunia sebenar.

Pendek kata, saya lebih yakin menjual di alam maya dari menjual di alam sebenar.

Okay, cukuplah dengan 'flashback' saya itu. Kita kembali ke topik asal artikel ini.

Untuk apa saya gesa anda supaya manfaatkan masa? Kerana saya mahu anda lakukan usaha yang bermakna pada hari ini untuk kesenangan anda dan kejayaan anda di masa akan datang.

Masa depan kita ditentukan oleh usaha kita pada hari ini.

Usaha hari ini menentukan masa depan kita.

Saya katakan begitu berdasarkan pengalaman kerana saya tidak DO THE BEST di masa lalu saya.

Jadi, jangan ulangi kesilapan saya. Pada umur 30-an inilah saya berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup bermula dengan mengubah mentaliti, menambah ilmu dan mengupgrade usaha dari usaha biasa-biasa ke usaha luar biasa.

Seperti usaha-usaha lain, sudah tentulah usaha saya berdepan banyak cabaran.

Cabaran paling utama adalah dari dalam diri kita sendiri iaitu MALAS serta selesa dengan apa yang ada tanpa kemahuan untuk terus maju ke hadapan.

Bagi saya sendiri, malas adalah musuh utama. Malas adalah musuh paling besar. Inilah saya cuba atasi dari dulu sehingga ke sekarang.

Dek kerana malas, saya pernah lebih banyak beralasan dari lebih banyak berusaha. Jadi, usah ulangi kesilapan saya.

Manfaatkanlah masa sekarang dengan melakukan hal-hal berfaedah seperti membaca. Ini kerana, membaca adalah cara paling cepat untuk kita belajar sesuatu selain berguru.

Kita boleh belajar apa sahaja perkara-perkara baharu dengan membaca. Kita boleh tambah pengetahuan dengan amalan membaca iaitu membaca apa jua bahan bacaan berkaitan dengan bidang kita sekarang ini.

Apa Saya Lakukan Sekarang


Itulah sebabnya kenapa saya amat tekanlah pentingnya memanfaatkan masa. Lakukanlah perkara-perkara yang memajukan diri anda supaya anda boleh capai kejayaan-kejayaan dan kesenangan berpanjangan di masa akan datang.

1. Menjadi usahawan digital secara atas talian. Buat masa ini, saya lebih menumpu kepada digital contents dan online contents. Sejak beberapa tahun lalu bermula dari 2009, saya banyak mengkaji dengan mendalam mengenai micro niche website serta membership website serta potensi-potensinya sebagai perniagaan atas talian yang boleh memberi aliran untung tetap secara pasif dan berterusan.

2. Belajar lebih banyak mengenai bidang saya. Specialty saya adalah pada kandungan atas talian, optimasi enjin carian dan pemasaran online. Strategi pemasaran online yang saya buat turut termasuk pemasaran media sosial serta pemasaran di laman-laman web.

Walaupun saya memfokus dalam bidang informasi, teknologi dan komunikasi, saya tidak mahir dalam hal-hal teknikal pemprograman seperti Php. Ini kerana, saya lebih menumpu kepada pemasaran.

Tambahan pula, pemasaran online adalah minat saya.

Saya dapati ada ramai usahawan atas talian muncul setiap bulan tapi cuma sedikit mahir mengenai pemasaran online. Pada hari ini, saya banyak membaca dan mengkaji mengenai online marketing kerana ia menyeronokkan saya.

Ketika tahun-tahun lalu, saya melakukan sendiri online marketing kerana saya mahu mempromosikan laman-laman blog saya (ya, saya memiliki lebih dari 1 blog) supaya blog-blog itu dikunjungi ramai. Apabila popular, mudahlah untuk saya menjana wang dari iklan di blog-blog tersebut.

Lama-kelamaan saya semakin banyak membaca mengenai pemasaran atas talian untuk mencari-cari cara bagaimana untuk mempromosikan laman blog saya dengan lebih efektif lagi. Sehingga ke hari ini, saya membuat online marketing di banyak tempat di internet selain di media sosial seperti Facebook.

Semangat Corakkan Masa Hadapan Lebih Cerah


Sekarang, saya sudah tidak dapat ubah masa lalu saya tapi saya masih boleh corakkan masa depan saya bermula dengan hari ini.

Bagi anda yang sudah lama follow blog ini sejak dari Mac 2007, pasti anda tahu bahawa saya merupakan anak sulung dari 5 beradik. Tanggungjawap sebagai anak sulung lelaki tergalas di bahu saya selagi saya masih hidup.

Bekerja makan gaji dengan gaji bulanan tidak sampai 3 ribu ringgit masih belum kerana saya mempunyai tanggungjawap lebih besar.

Dari situlah saya memulakan perniagaan atas talian sesuai dengan kecenderungan saya pada bidang penerbitan, penulisan dan pemasaran.

Saya amat suka membaca (novel dan buku ilmiah) kemudian amat suka menghasilkan artikel. Blog ini saya gunakan untuk mencurah idea serta buah fikiran yang ada dalam kepala saya.

Anda yang saya hormati, saya mengaku saya bukanlah pakar motivasi. Tetapi, saya minat mahu memajukan diri dalam aspek kewangan, kerjaya dan peranan hidup supaya saya dapat capai tahap lebih baik.

Bagi saya, hidup ini jadi lebih bermakna apabila saya berjaya capai matlamat yang saya tetapkan untuk diri sendiri supaya saya dapat memberi bakti.

Untuk berbakti, saya kena perbaiki kewangan diri sendiri terlebih dahulu.

Sama-samalah kita manfaatkan masa yang ada sekarang supaya kita sama-sama beroleh kesenangan di masa akan datang.

Semangat memajukan diri akan muncul tatkala ada minat, passion dan keghairahan terhadap sesuatu.
Share: