Mengenai ShueQry

siapa dia: bekerja sebagai Webmaster sepenuh masa.

pakar dalam: pembinaan blog mengkhusus (micro niche website) dan optimasi enjin carian (search engine optimization).

minat: sukan renang dan MotoGP.

Blog ini saya bina pada 29 Mac 2007. Saya ingat tarikh itu kerana blog ini merupakan blog pertama saya. Blog ini sudah banyak kali bertukar rupa dan bertukar-tukar peranan dari blog peribadi ke blog motivasi kemudian ke blog perniagaan lantas menjadi apa yang anda lihat pada hari ini.

Blog ini merupakan wasilah untuk saya bercerita mengenai pengalaman hidup, berkongsi ilmu mengenai perniagaan atas talian dengan orang-orang yang mahu belajar mengenainya, mengenai pemasaran (kerana ia minat saya!) juga mengenai kehidupan secara umum.

Dalam blog ini saya banyak bercerita melalui pengalaman sendiri juga melalui tekad mahu memajukan diri ke tahap lebih baik. Dalam blog ini juga saya ceritakan kegagalan-kegagalan saya termasuklah kegagalan bercinta dan kegagalan dalam blogging.

Saya tidak malu bercerita mengenai kegagalan kerana adalah lumrah kehidupan. Orang yang berjaya itu sebenarnya sudah banyak melalui banyak kegagalan cuma dia memilih untuk tidak menceritakannya.

Saya pula memilih untuk bercakap banyak mengenai kegagalan kerana dari kegagalan itulah kita temui kejayaan. Pendek kata, kejayaan tidak akan muncul jika tidak ada kegagalan kerana kegagalan adalah sebagai dari proses kita berusaha menuju ke arah kejayaan.

Kegagalan adalah proses dari tidak tahu kepada tahu. Kita gagal kerana kita tidak tahu cara yang betul oleh itu kita pelajari cara yang betul supaya kita dapat lakukan usaha yang benar-benar berhasil. Apabila sudah berhasil maka dari situlah kita beroleh kejayaan.

Buat masa ini, saat anda sedang baca artikel ini, saya belum lagi 'berjaya' sangat.

Definisi kejayaan bagi orang kita adalah memiliki jumlah pendapatan besar, memiliki rumah besar, memiliki kereta besar juga memiliki pasangan hidup yang besar (sama ada saiz badan yang besar atau jumlah pasangan hidup yang besar yakni lebih dari 1).

Walau begitu, saya merasa amat gembira dan teruja sangat kerana saya sudah berjaya mencapai beberapa kejayaan-kejayaan kecil dalam hidup saya.

Pada hari ini saya sudah berjaya capat matlamat-matlamat yang saya tetapkan untuk diri sendiri dalam aspek kerjaya, kewangan, ilmu dan peranan hidup.

Kongsikan Di: