Ahad, 21 April 2013

Cara Membina Kecergasan

Cara membina kecergasan badan ada banyak sebenarnya. Bagi saya, secara peribadi cara saya membina kecergasan badan adalah dengan menggabungkan kelajuan dan konsistensi bagi membina stamina lalu mengekalkannya.

Konsep ni saya pelajari ketika menjalani latihan renang selama satu tahun. Pada mulaya jurutlatih menyuruh saya membina stamina terlebuh dahulu sedikit demi sedikit dengan berenang tanpa henti. Mulanya berrenang tanpa henti selama 10 minit.

Selepas itu berenang tanpa henti selama 20 minit. Setelah itu berenang tanpa henti selama 30 minit. Lama kelamaan saya sudah boleh bererenang tanpa henti selama 1 jam hasil dari latihan sebegitu.

Apabila stamina sudah terbina, langkah seterusnya ialah mengekalkannya lalu meningkatkannya. Saya akan berenang pantas sejauh 50 meter, rehat selama 15 minit untuk menenangkan fikiran kemudian berenang laju lagi sejauh 50 meter. kalau boleh,cuba berenang kurang dari 30 saat.

Cara membina kecergasan sebegini agak berat kerana membuat kita cepat penat. Tapi apabila dilakukan dengan kerap, stamina akan kekal serta dapat ditambahkan.