Super Blogger


Anda yang saya kasihi, dalam beberapa minggu ini saya mengkaji dengan mendalam mengenai super blogger. Dari apa yang saya dapati, mereka menjadi super blogger bukan sebab mereka menjana banyak untung dari penjualan ruang iklan. Bukan. Tapi dari kandungan blog yang banyak ditulis dalam sehari, kualiti artikel mereka, jumlah komen dan berapa banyak link blogger lain memberi link ke blog milik super blogger ini.

Menjadi super blogger amatlah mudah. Hanya perlukan tiga faktor ini - passion. fikir dengan cara tertentu, berusaha dengan strategi tertentu, artikel sungguh bermanfaat, pengetahuan mendalam.  Mereka terbitkan berpuluh artikel dalam sehari. Saya percaya di ruang internet mereka, cuma sedikit dari kalangan kita bloggers ini yang menerbitkan 20++ artikel sehari, setiap hari selama berbulan-bulan.

Apa yang saya perasan, oleh kerana artikel blog mereka sungguh bagus, kandungannya relevan dengan si pembaca kemudian terasa bagai dekat dengan pembaca, super blogger ini membina pengaruh. Dia dirujuk sebagai pakar. Kesan dari situ, followr bertambah, reader bertambah, ranking menaik. Maka, untuk jadi super blogger, mulakan dari passion terlebih dahulu, selepas itu banyakkan  membaca, selepas itu banyakkan menulis, bukan tulis ala kadar tapi tulis artikel berkualiti. Orang akan jumpa apa Anda tulis. Dari situ follower bertambah. Pada masa akan datang, saya akan kongsikan di sini ilmu-ilmu penulisan blog yang saya jumpa.