Kenapa iAwani Guna Adsense, Bukan Nuffnang

Pembaca iAwani adalah geeks, peminat komputer dan peminat teknologi, biasanya those peoples adalah orang yang tertarik pada sesuatu yang berbentuk visual. Maka di iAwani saya memilih untuk gunakan iklan Adsense berbentuk gambar sebab iklan-iklan ini mempunyai ciri visual kemudian ngam habis dengan kandungan artikel yang saya tulis. Mulanya saya gunakan format text links di Adsense tapi kurang menjana klik. Apabila bertukar ke iklan visual sepenuhnya, klik banyak diterima. Iklan Adsense ni benar-benar blends into the article.

Sebagai contoh, jika saya menulis mengenai tablet, iklan yang dipaparkan oleh Adsense adalah mengenai tablet. Jika saya menulis mengenai telefon pintar, ikan yang dipaparkan adalah iklan mengenai model telefon pintar misalnya Samsung Galaxy S3 dan HTC One X. Klik ke iklan Adsense amat banyak sebab pembaca merasakan apa yang dipaparkan pada gambar dalam iklan itu adalah sebahagian dari artikel. Mereka klik tanpa berfikir sebab kandungan iklan menarik minat mereka.

Iklan Nuffnang gagal muncul cemerlang di iAwani kerana topik iAwani adalah teknologi, bukan gaya hidup. Kandungan iklan Nuffnang langsung tidak relevan bahkan berlainan dengan kandungan artikel, maka klik ke iklan Nuffnang hanya sedikit sahaja. Pada satu tahap - tidak ada klik langsung untuk beberapa hari simply sebab pembaca iAwani tidak minat kerana kandungan iklan Nuffnang tidak berkaitan dengan passion mereka terhadap gajet.

Iklan Nuffnang hanya sesuai untuk blog personal (seperti blog lama milik saya yang Anda baca sekarang ini), blog kekeluargaan, makan-makan, gaya hidup, fesyen wanita, dekorasi dan blog hiburan. Saya tidak memandang rendah pada blog-blog sebegini kerana setiap blog ada kekuatan masing-masing dan ada niche masing-masing serta follower masing-masing. Saya tetap hormati sahabat blogger saya yang menulis blog dalam topik di atas, bahkan saya amat kagum kerana mereka amat di minati. Cuma saya kecewa dengan Nuffnang sebab tidak khusus kepada blog teknologi seperti iAwani. That is why kebanyakan blogger personal dapat advertorial daripada Nuffnang adalah yang menulis topik peribadi, kisah keluarga, makan-makan, travel, gaya hidup dan fesyen.

Reader di iAwani adalah orang-orang pintar, mereka adalah pengguna gajet dan peminat teknologi sebagaimana saya. Like attracts like, right?. Maka seharusnya iklan-iklan berbentuk gajet, software, peranti perkomputeran dan alat-alat terbaru yang banyak dipaparkan di iAwani kerana berkaitan dengan apa yang kami minati. Hanya Adsense ada ciri blend into the article, bukan Nuffnang. Maaf Nuffnang.