06 November 2011

Mengapa Perlu Beri Maaf?

Diri kita akan sentiasa berbuat kesilapan, sama ada silap yang disengajakan atau silap yang tidak disengajakan. Jika Anda marahkan seseorang kerana dia terbuat silap dan silapnya itu menyakitkan hati Anda, maafkanlah dia.

Mengapa?

...kerana sebagai manusia, Anda juga tidak akan terlepas dari terbuat silap. Bila Anda terbuat silap, Anda pasti akan meminta maaf.

Berbalik kepada persoalan tadi, bila ada silap seseorang yang Anda rasa tidak puas hati, maafkanlah dia.

Lupakanlah.

Anggap ia sesi pembelajaran untuk Anda dan dia.

Belajar dari kesilapan untuk menjadi insan yang lebih baik. Anda belajar dengan melihat, dia belajar dengan melalui sendiri.

Lalu dan rasa. Biar dia rasa cemana kesannya terbuat silap.

Bila Anda selalu maafkan silap dan salah orang, orang lain juga akan senang untuk memaafkan silap dan salah Anda. Besar atau kecil.

Persoalannya di sini, ego dalam diri Anda akan mendorong Anda sukar memaafkan. Maaf bagi Anda adalah satu perbuatan sukar. Sikap memberi maaf adalah satu sikap yang sukar Anda lakukan.

Contohilah sikap Rasulullah s.a.w. Baginda seorang Nabi. Namun Baginda adalah seorang lelaki pemberi maaf. Suka memberi ampun, bahkan memberi tawaran maaf pada orang yang selalu menyakikit Baginda.

Kita cuma insan biasa. Namun kita diberi peluang untuk mencontohi sikap Baginda.

Berilah maaf pada sesiapapun jua walau cemana besarpun salahnya.

Hidup akan menjadi lebih tenang.

Lebih bahagia.

Lebih berjaya.

Sebab, tidak ada beban yang mengheret Anda.

0 Komen:

Post a Comment