15 November 2011

Artikel Motivasi - Kenapa Hidup Anda Tidak Selalunya Indah

Hidup memang selalunya indah.

Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Anda.

Anda menjadikan hidup Anda tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.

Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.

Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.

Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh, tiap kali Anda memikir masalah, samalah seperti Anda selalu meminta masalah dimunculkan.

Setiap kali Anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah Anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup Anda.

Setiap kali Anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kepokaian, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau simply sesuatu berlaku di luar kemahuan Anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.

Bertenanglah. Berserahlah.

Apabila sesuatu sudah berlaku, Anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi Anda akan kuasa mengawal apa yang bermain di fikiran Anda.

Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.

Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada Anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada Anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.

Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.

Ubah sikap Anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.

Bezanya, cepat atau lambat saja.

4 Komen:

  1. Terima kasih di atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana terbitan entri ini. Benar apa yang diungkapkan, setiap kata-kata yang dilafazkan boleh menjadi doa. Di sebalik musibah yang berlaku, pasti ada NIKMAT. i'Allah. :-)

    ReplyDelete
  3. Ubah sikap untuk menjadikan hidup indah. Tapi beranikah kita untuk berubah?? Itu yang paling penting bukan tuan empunya blog^^

    *Anyway - saya juga meminati tentang motivasi. Jemput datang ke belog. ^^ see ya.

    I Think Of

    ReplyDelete