Di dalam dunia sebenar saya lebih suka berkawan dengan laptop dan komputer. Dua benda tu menjadi kawan rapat saya ke mana-mana saja saya pergi. Mengapa saya lebih suka berkawan dengan komputer? Sebab orang disekeliling saya kebanyakannya negatif, pesimistik dan skeptik. Bergaul dengan mereka membuat saya jadi tidak selesa.
Saya amik keputusan untuk berdiam-diam saja, cakap apabila perlu, bersuara bila ditanya.
Dari situlah saya mula minat dengan komputer dan saya tak suka hebahkannya, saya lebih suka berkomputer sembunyi-sembunyi. I just do, i dont talk. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya membina kerjaya dalam bidang perkomputeran lalu menjadikannya sebagai kerjaya seumur hidup. Bukan sebab duit, tapi sebab minat. Setiap hari saya jumpa banyak benda baru berkaitan komputer dan semua itu amat menggembirakan, lebih gembira dari perkara lain.
Then, saya jumpa Irfan Khairi, blog, perniagaan internet, Facebook dan Celcom Broadband. Bagi seorang lelaki pendiam seperti saya, dia amat menghargai semua itu.
Dari internet saya jumpa ramai orang berfikiran positif, bersemangat tinggi dan mahu berjaya. Mengingati mereka membuat saya turut mahu berjaya, setiap hari saya bangun untuk bekerja dengan semangat baru yang lebih tinggi.
Ok, saya kongsikan nama 2 orang yang menjadi idola saya - Peter Rojas dan Kevin Rose. Wajah-wajah mereka saya print dan lekat di dinding bilik tidur sebagai pemberi semangat di waktu bangun pagi. Nak kenal Peter Rojas, dia ditemuramah dalam video ni...
0 komen pembaca:
Catat Ulasan
terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.