Isnin, 14 September 2009

Kritik Dan Kritkan - Makna Kritikan Negatif dan Kritikan Positif

Kritikan adalah kata-kata orang lain pada diri kita, sikap kita, perbuatan kita, perangai kita. Kritikan adalah respon mereka terhadap kita, usaha kita dan kata-kata kita.

Dalam hidup, selalu akan ada dua. Begitu juga kritikan, ada dua. Ada kritikan negatif. Ada kritikan positif.

Kritikan negatif amat menyakitkan hati untuk didengar. Sebab? Kita tak suka mendengar sesuatu yang buruk tentang diri kita.

Kita tak suka, sebab kita nampak seolah-olah tahap diri kita berada pada tahap rendah.

Kita merasa seolah-olah kita kalah. Kekadang, saat kita mendengar kritikan negatif, seolah-olah maruah kita direndah-rendahkan, apatah lagi bila kita dikritik secara berdepan atau kita berada di tengah-tengah orang ramai.

Kritikan positif berisi kata-kata pujian, tahniah dan ayat-ayat yang menyedapkan hati kita mendengarnya. Kritikan positif berbeza dengan pujian.

Pujian adalah kata-kata positif sepenuhnya, di mana orang lain suka dengan apa yang kita buat, mereka suka melihatnya, mereka seronok memerhatikannya, mereka bangga dengan hasil kerja kita. Itu pujian.

Kritkan positif adalah komen terhadap perbuatan kita. Orang yang melemparkan kritikan positif menegur kesalahan kita dengan ayat sopan, bertujuan untuk tidak mengguris hati kita.

Ada orang memberikan kritikan positif secara terus terang. Ada juga orang memberikan kritikan positif secara berkias-kias, mahu kita faham maksud tersirat dalam kata-kata yang diucap olehnya.

Kritikan positif menegur salah kita, kemudian memberitahu kita cara yang betul diiringi kata-kata semangat. Kritkan positif juga mengandungi contoh-contoh untuk kita melihat cara yang betul dan pencapaian orang lain untuk kita ikuti.

Maknanya, kritikan positif mengandungi ayat membina, ayat menunjuk kesalahan dan ayat untuk membangkitkan semangat kita. Cuma ada sedikit negatif disitu, tapi bertujuan untuk menyedarkan kita.