Memuatkan ...

Khamis, Mac 05, 2009

Kita Perlu Lepaskan Sesuatu Untuk Mendapat Sesuatu

Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain. Kita tidak boleh mendapat dua perkara sekaligus, tetapi kita kena beri laluan pada yang paling utama terlebih dahulu.

Teringat kata-kata Ben Parker, pakcik kepada Peter Parker dalam filem Spiderman.

"With great power, comes great responsibility". Bagi saya, kata-kata itu terubah menjadi "with a great knowledge, comes a great responsibility."

Sekaranglah masanya untuk saya aplikasikan apa yang saya tahu dan apa yang dah saya baca dalam banyak buku motivasi. Mesti ada hikmah mengapa Allah temukan saya dengan dugaan fizikal dalam latihan sukan, dugaan mental dalam kerjaya lalu dugaan emosi dalam kehidupan bujang, tinggal bersama keluarga.

Kemudian, saya terfikir untuk menjadikan ketiga-tiga dugaan sebagai tools yang diperalat untuk meng'explore' lebih banyak bakat dan kemahiran, termasuk mengasah kemahiran yang sedia ada. Dalam keluarga, saya amat bersyukur sebab saya dapat peluang menjadi atlit sukan, menjadi internet marketer kemudian menjadi penulis blog yang benar-benar mencabar diri saya.

Semua itu bagaikan menyediakan saya untuk sesuatu. Jadi, sejak menyedari mengapa cabaran dimunculkan dalam hidup saya, saya terus menerus mem'push' diri sendiri hingga ke tahap maksima. Push to the limit kata orang putih.

Lagi satu, saya benar-benar bersyukur sebab hingga ke saat ini, saya dikurniakan kesihatan yang amat luar biasa. Selesma hilang dengan cepat, dah masuk setahun 6 bulan tak pernah demam kemudian saya disahkan bebas dari sebarang alahan, gastrik, migrain, atau sak0t-sakit yang lain. Itu membuat saya bebas membaham makanan laut dan apa yang adik beradik saya alergik nak makan. Syukur alhamdulillah.

Mungkin, saya kena lepaskan tanggungjawab pada keluarga buat seketika untuk saya mengejar matlamat terlebih dahulu. Matlamat saya lebih penting, kerana saya masih tak puas hati selagi ia masih belum berjaya dicapai! Saya percaya hidup ini penuh dengan pelbagai kebahagiaan dan keajaiban. Semua cabaran yang saya lalui, hanya sementara saja.

11 komen pembaca:

iedasa berkata...

xsmua orang dapat melihat hikmah dan kebaikan malah peluang di sebalik kesusahan, kesukaran dan cabaran hidup ni.
Maha Suci Tuhan, DIA memberi petunjuk dan ilham kpd sesiapa yg dikehedaki-NYA..

ShueQry berkata...

Thanks Iedasa. Semua cabaran yang dilalui sebenarnya menyediakan kita untuk menghadapi sesuatu.

luv4ever berkata...

menarik...tertarik utk trus membaca~

ShueQry berkata...

Thanks Luv4Ever. Kehadiran Anda sangat di alu-alukan kat sini.

Tanpa Nama berkata...

selalunya memang begitulah resam hidup...
kalau kata bercinta, bila putus cinta, sering kita merana.. sebab cinta kita tu, cinta bersyarat. jadi kita kena belajar menyintai tanpa syarat.. sebab
yang sepatutnya kita sedari, kita telah diikat dengan cinta sejak kita mula dilahirkan kedunia, kita tidak pernah putus cinta, kita sentiasa dicintai dan dihargai...

malah andai kita melupakan DIA,DIA tidak pernah sesaat pun melupakan kita, andai kita telah lama tidak berbicara.DIA sentiasa menanti ayat2 cinta kita kepadaNYA, andai kita terleka jauh pergi dariNYA, DIA sentiasa menanti kita pulang kepangkuaanNYA.malah DIA tetap menerima kita hingga akhir umur dunia...

Tanpa Nama berkata...

yea...itulah hidup penuh dugaan dan cabaran. Harus didingat kesusahan atau kegagalan dalam sesuatu akan membuka lembaran baru untuk kita terus berusaha dan bersemangat...walau apapun kita hadapi dalam hidup ini....thats not the end of the world...always put smile walau dalam apa situasi pun..kata orang satu pintu tertutup beberapa pintu lain akan terbuka ...mestinya bagi kita untuk membiarkan pintu itu dan menerokai pintu2 lain yang terbuka luas bagi kita......adios

ethe berkata...

jika satu hubungan terlalu banyak rintangan dari awalnya sehingga kini, dan masih bertahan bertahun2 lamanya, apakah aku kurang mengerti lagi akan petunjuk yang diberikan???

adakah hubungan ini tidak akan berjaya??
@
hubungan ini terlalu kuat untuk kita teruskan...

Tanpa Nama berkata...

kadanng-kadang kita perlu melepaskan apa yang sedia kita miliki demi untuk kepentingan orang lain. melihat dia tersenyum bahagia memberikan kepuasan dan merasakan tindakan kita adalah betul.

Tanpa Nama berkata...

syabas buat ShueQry .. mampu membuatkan saya tertarik utk terus melayari website ini

Tanpa Nama berkata...

betul tu..sy juga melepaskan keinginan sy demi utk melihat org lain terus hidup..
tp berbaloi kerana org itu adalah famili sendiri juga.
syukur krn menjumpai blog yg bermanfaat ini.
terutama artikel mengenai minda bwh sedar.
betul2 membantu saya!

me berkata...

tlg sy utk hadapi mslh cinta sy..sy punyai pemikiran yg mana apabila sy brcinta sy akan kecewa..dan ia benar2 terjadi..

Catat Ulasan

terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.