Cinta yang benar-benar membahagiakan adalah cinta lahir dari hati. Bila ia sudah ada, sinarnya akan menyentuh hati yang lain, seseorang yang wajahnya terbayang di fikiran Anda. Jika Anda duduk berhampiran dengan seseorang, sesiapa saja dia akan turut merasa aura cinta Anda. Tenang semacam dia jadinya.
Bagi saya cinta punya kuasa tersendiri membentuk emosi kita. Sekarang ini, setelah selesai mengkaji minda, saya mengkaji soal cinta dan kesannya pada diri kita dalam membentuk motivasi. Anda tak Anda cinta? Tak ada kekasih? Ish, biar betul!
Hmm..pesanan saya, janganlah kita berbohong pada diri sendiri. Jika Anda sedang bercinta tapi Anda menidakkannya, ia menjadi satu doa, umpama Anda meminta perhubungan Anda diputuskan satu hari nanti. Ni bukan main-main punya cerita cinta, tapi hasil pemerhatian saya.
Berterus terang saja. Biar orang lain tahu Anda sedang dilamun cinta dengan seseorang. Sebab, jika mereka dah tahu, ia umpama satu doa yang meminta supaya hubungan Anda dikekalkan satu hari nanti. Trust me.
Fikiran orang lain juga adalah satu bentuk doa ditujukan untuk diri kita. Apa yang mereka fikir tentang kita, juga akan mempengaruhi kita, emosi kita dan perangai kita keseluruhannya. Apa yang saya katakan ini sedikit ganjil bagi Anda.
Tapi, itulah yang telah saya lalui. Apa yang kita fikirkan tatkala melihat orang lain, akan membentuk situasi di mana kita berada nanti.
Begitu juga dengan orang lain. Apa yang mereka fikirkan tentang kita, turut membentuk situasi di mana kita akan berada, kerana gelombang fikiran mereka sedikit sebanyak mempengaruhi gelombang fikiran kita.
Dalam soal cinta, untuk kita merasa bahagia menikmati cinta, maka biarlah ia lahir dari hati. Hati pun kena baik dan dibentuk menjadi baik, penuh dengan perasaan-perasaan positif dan emosi-emosi positif. Jika ada titik hitam walaupun sedikit, ia akan memburukkan keindahan hati lalu membuat Anda berperangai buruk juga. Titik hitam itu membuat hati Anda kotor serba serbinya, luar dan dalamnya.
Jangan pandang negatif pada cinta. Sebenarnya cinta memberi kesan dalam hidup kita mengikut persepsi kita terhadap cinta. Kalo kita anggap cinta itu menyeksakan, sepanjang masa hidup kita juga akan penuh dengan situasi-situasi yang menyeksakan.
Jika kita percaya cinta membahagiakan, sepanjang masa hidup kita akan penuh dengan situasi-situasi yang membahagiakan. Kerana merasa bahagia, tidak mustahil Anda boleh muncul menjadi orang berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan pelajaran Anda. Kebahagiaan cinta mendorong Anda berjaya dalam apa saja yang Anda sedang usahakan sekarang ini.
Bahagiakanlah diri kita dengan cinta, kerana cinta boleh membuat kita menjadi orang berjaya. Let love make you strong!
17 komen pembaca:
saya rasa saya pernah merasai cinta yg sebenarnya, walaupun akhirnya tak kesampaian. bagaimanapun sayab bersyukur kerana tuhan pernah memberi peluang saya merasai cinta walaupun sehingga kini saya belum lagi merasai lagi perasaan tersebut. mungkin benar pendapat yg mengatakan cinta sejati hanya sekali, any komen?
Ya..saya setuju cinta sejati hanya sekali. Biarpun tidak kesampaian, rasa bahagia tetap kekal dan tidak dapat ditandingi oleh mana mana cinta yang hadir kemudiannya. Rasa ikhlas yg tidak pernah tergugat dan sentiasa memberi inspirasi dan kekuatan untuk menghadapi dugaan. Indahnya cinta berlebih lebih lagi bila disulami dengan cinta padaNya
patut la selama ni susah nak berjaya..sbbnyer sy bencikan cinta..sy selalu bersangke buruk pade org lain...sy nekad akan berubah menjadi baik dan menyanyangi org lain..
tak jgk..saya memg menyayangi orang tu..
tapi dia tak pandai mengambil hati saya
Kedekut.adakah itu cinta..
dia kata dia sayang
cinta???
hanya utk org yg betol2 ikhlas tulus hatinya..
tapi jika hanya kepuraan pergilah jauh dari kelompok makhluk tuhan..
jgn sekali izinkan lidah menipu walaupun tuk sebesar kuman, kerana akhirnya akan jadi kebiasaan..
selagi tidak kau sedari perbuatanmu kau takkan tenang dalam hidupmu..
cinta..mengajar saye mengenai kehidupan..cinta juga mengajar saye mengenali diri..bagaimana nak mencintai diri sendiri..mencintai orang yg tercinta..dan yang penting mencintai..yg esa..
bhgiakah bcinta tnpe restu dr femli..?
ape yang patut kita buat jika org yg kita sayang tdk pandai menjaga hati ini dan utk meninggal kannnya mmg susah kerana rasa cinta dlm hati ini utk dirinya susah nak luputkan.
cinta...
terlalu bnyk kate maknenye..
cinta blh wat kite menangs dan tertawa,,,
org yg btl2 tahu erti cinta.akan sama2 berusaha membahagiakn pasangannya..bukan untuk melukakan...
adush--- sy cam bengong je, tp kene fikir u si dia, sy bru je buat kputusan ngan dia u jd sbg kawan... selepas mendengan cerita si dia dan"kawan lame" bertemu semula ditempat practikel. soal hati katenya. sy pun xnak paksa-- sebab cinta itu bukan satu paksaan, adakah sinar cinta saya tidak setanding kawan lamenya--- tp,sy x mahu buat si dia rasa susah hati jk saya cakap- i wana fight that guy--- please give me chance(egonye sy)
C.I.N.T.A.... Hmm..cinta sejati..cinta buta..atau orang yg bercinta itu yg buta.. cinta akan membuat seseorang menjadi mabuk..leka..dan sebagainya.. setiap saat akan terkenang kekasihnya.. Nasihat saya jangan terlalu asyik-mahsyuk dalam bercinta..jangan sampai " Nasik Lemak Buah Bidara..Sayang Selasih Hamba lurutkan..Buang Emak Buang Saudara..kerana Kasih Hamba Turutkan.."
Kalau nak bercinta pun..ala kadar jer la..Tak payah ler sampai sejati..Tapi kalau lepas kawin nak cinta sejati oaky ler.. :)
salam..CINTA???
hermmmmmmmmmm...indahnya perasaan itu...
cintakan dia krana iman terhadapNYA..sayangi dia krana peribadinya,,mncintai dan d cintai amat indah..tp mncintai tp xdibalasi sungguh payah..
tp mnyayanginya adalah suatu kbahagiaan...
Saya bersyukur ke hadrat illahi kerana telah diberi peluang untuk merasai cinta kedua dalam hidup yang hadir hanya beberapa bulan setelah kematian suami yang disayangi. Kini, saya rasa sangat bahagia dengan cintanya dan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Saya sangat bersyukur kerana masih ada insan yang sudi untuk mengisi ruang kosong di hati saya. Saya tetap bahagia biarpun hanya sebagai orang kedua....
CINTA.. hurmmm.. Macam mana pula kalau orang yang kita sgt cinta tu mengaku hatinya ada orang lain. Tapi saya tak mampu lepaskan dia.. Adanya dia, sya rasa lebih bersemangat.
SILA REPLY SOALAN INI.
Kami sentiasa bersama, pendek kata apa pun yg di lakukan pasti bersama.. Soalan> Saya adalah cinta pertamanya dan kami berpisah selama 7 tahun dan dipertemukan semula sekarang. Dia pernah berkata hatinya ada orang lain iaitu B tetapi saya jadi tak faham apabila dia selalu bohong dan tipu B walhal dia bersama saya.. Hubungannya dgn B pun semakin jauh. ADAKAH DIA BENAR2 CINTAKAN SAYA ATAU SEBALIKNYA. Saya perlukan jawapan.
hanya memberi ulasan kepada soalan itu..
kita tak mampu menduga hatinya, fikirannya..
lagi banyak kita mencari jawapan..lagi banyak juga bisikan setan mempengaruhi kita..kadang2 dibisikkan yang negatif lantas terbibitlah emosi negatif yang boleh membuat kita marah, curiga, cemburu dan emosi negatif lain...cuba lihat keikhlasannya melalui apa yang dia pernah lakukan untuk awak, cara dia menghargai awk..mgkin dia dalam di lema untuk menentukan siapa yang benar2 dicintainya
jangan persoalkan padanya siapa yang benar2 dicintainya kerana bimbang mencetuskan persengketaan..biarlah lebih banyak memberikan cinta daripada menerima cinta namun jangan sampai melanggar batas2 agama..keikhlasan awak lebih penting..awk akan lihat keajaiban ikhlas suatu masa nanti...cuma biarlah cinta itu berlandaskan ajaran agama..Tuhan yang memegang hati manusia, Dia lebih berhak untuk mebuka/menutup hati-hati manusia..bersihkanlah hati kita.. penuhkan dengan keiklhlasan...ajarkan dengan emosi/sikap positif..insyaAllah...Hanya Dia Dapat menentukannya...
Catat Ulasan
terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.