Bagi saya cinta membuat kita rasa bersemangat. Entah kenapa dalam beberapa minggu ni saya begitu ghairah menulis artikel-artikel untuk membantu ramai orang, terutama pembaca-pembaca blog iMotivasi. Semuanya kerana cinta, kerana cinta ada di sini.
Setiap pagi bila bangun, saya mengucapkan terima kasih pada Allah atas cinta yang dikurniakan olehnya pada saya. Cinta membuat saya bersemangat bangun, kemudian membuat apa saja tugasan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Cinta pada mak, bapa dan adik beradik saya tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Mereka banyak memberi saya suntikan inspirasi, terutama tentang betapa seronoknya berbakti untuk orang lain. Setiap hari mereka membanting tulang mendidik anak bangsa, mengerah keringat semata-mata mahu membentuk generasi muda menjadi orang berguna.
Setiap masa saya merasakan cinta, walaupun cinta hati saya belum ada di sini. Ia membuat saya bertambah-tambah jadi bersemangat. The Secret mengajarkan kita supaya merasakan cinta untuk menarik cinta.