.

Isnin, November 03, 2008

Satu Ribu Enam Ratus

Alhamdulillah, jumlah feed subscribers iMotivasi kini dah mencapai jumlah lebih 1600 orang. Apa makna 1600 ni pada saya?

Ia sebagai tanda aras usaha keras saya mempromosi artikel-artikel motivasi di ruang Internet serba sedikit dah menampakkan hasil. Persaingan amat banyak, terutama daripada blog-blog lain seperti perniagaan Internet, blog peribadi dan blog hiburan.

Namun saya percaya blog motivasi kendalian saya ada pembaca tersendiri. Buktinya? Lihat angka 1600 di chicklet FeedBurner itu.

Dengan angka 1600, saya bangga dengan apa yang saya mulakan. Makin bersemangat rasanya nak menulis lagi dan terus menulis.

Matlamat diri saya masih belum ada penghujung. Salah satu matlamat adalah untuk join syarikat media penyiaran.

Saya sering berimaginasi supaya suara saya didengar di radio, muka saya muncul di tv dan blog kendalian saya medapat liputan majalah. Moga pencapaian ini menjadi penyuntik inspirasi.

Target saya, adalah untuk join TV3 sebagai blogger motivasi mereka ataupun Astro Oasis dengan jawatan yang sama. Nampak macam mustahil.

I believe I can fly!