.

Khamis, November 06, 2008

Halaman

Dalam beberapa hari ni, alhamdulillah, saya dapat menyumbang tenaga sedikit untuk membersihkan kawasan halaman rumah. Bukan satu halaman rumah, tapi tiga halaman sekaligus.

Maknanya, walaupun belum ada kerja, namun saya berasa puas hati sebab dapat menyumbang sesuatu, memberi sesuatu. Biasanya rumput ni dalam sebulan dia dah pandai tumbuh balik, panjang balik di halaman rumah. Bila time hari sekolah, bapa saya sibuk, jadi kurang ada masa membersihkan halaman rumah, terutama menebas lalang di kawasan depan halaman.

Dah lama saya tak pegang parang panjang nak tebas rumput. Dah lama tak menebas sama-sama ngan bapa saya. It was fun too, melihat bapa dan anak bersama-sama membersihkan halaman rumah. Selepas makan malam, baru saya memfokus pada penulisan blog, sebab Maizurah ditidurkan oleh mak saya.