To be honest, sehingga Disember ini saya tak bekerja, maknanya tak punya pendapatan tetap seperti beberapa bulan dulu. Kenapa saya berani sungguh buat camtu? Kerana saya dipanggil balik kampung membantuk mak bapa saya.
Nak cari pembantu rumah, orang kampung biasanya kurang percaya dengan kualiti kerja-kerja pembantu rumah, walaupun mereka sebenarnya boleh meringankan beban. Saya kena jadi pembantu rumah serba boleh buat sementara. Apa saja tohmahan, telan saja dulu, janji, fokus pada apa yang boleh saya buat untuk meringankan beban kerja di rumah.
Apa dia 4 aktiviti yang saya lakukan? Membaca, menulis artikel, berbasikal dan buat kerja-kerja rumah. Itu saja. Hidup saya hanya ada 4 aktiviti.