.

Rabu, Oktober 08, 2008

Tips Automatik

Saya mahu membuat pengakuan terbuka. Kesemua artikel-artikel di dalam blog ini dan beberapa blog yang lain dikeluarkan secara automatik. Saat Anda sedang membaca artikel terbaru kali ni, maybe saya sedang membaca buku, berbasikal atau berenang.

Syukur alhamdulillah, fungsi automatik di dalam akaun Blogger.com dan di Wordpress banyak memudahkan kerja. Dengan bantuan fungsi automatik tu, boleh dah fokus ke perkara lain. Walaupun masih belum bekerja, saya agak sibuk juga di rumah.

Selepas selesai berbasikal selama dua jam selepas waktu subuh, saya kena bantu mak saya. Oleh kerana terpaksa nolong dia, saya terpaksa berkorban dari tidak melakukan kerja-kerja saya seperti menulis artikel, membaca buku, melawat blog kawan-kawan, update blog-blog di Friendster dan Myspace, membalas email dan yang paling banyak saya buat, marketing untuk mempromosikan blog saya.

Jam 10 pagi, biasanya saya kena dodoikan si Maizurah, selepas tu saya kena pam air dari perigi di tepi rumah kami. Bila semua dah selesai, baru saya ada masa sedikit nak menaip di laptop, tu pun kena menaip di sebelah buaian Maizurah sebab nak jaga dia time dia tidur.

Abes makan tengahari, saya kena jaga dia juga, sebab mak saya sibuk dengan kerja-kerja rumah. Mak Maizurah masih di dalam pantang sebab baru saja melahirkan anak kedua. Jadi, saya kena tolong le. Walaupun saya kata saya nak atip artikel untuk blog saya dan blog-blog orang lain di bawah kendalian saya, mereka kata itu tidak penting.

Tapi, bagi saya itu cukup penting ibarat nyawa saya bergantung padanya. Situasi camni, kena banyak bersabar.

Huhu..itulah sedikit sebanyak cabaran saya time kerja di rumah. Tak semua penulis blog yang kerja dari rumah senang lenang.

Bagi saya, kerja di rumah dah cukup menjadikan saya sibuk dari subuh sampai ke tengah malam!

Maaf bagai rakan-rakan yang mengajak join venture projek mereka atau join mana-mana team perniagaan Internet, sebab sekarang ni saya ada komitmen besar pada keluarga. Tambahan pula, saya terlalu sibuk berlatih pagi dan petang di atas kuda besi dipanggil basikal. Teringin benar saya nak join korang, sebab saya ingin lebih dikenali di arena Internet, tapi masa yang saya ada cukup sempit.

Apa-apapun, beri peluang pada rakan-rakan Internet yang lain, buat masa ni saya tolak tawaran tersebut dulu. Bukan nak sombong atau pilih bulu, tapi kenalah faham situasi saya cemana, saya takut saya tak dapat nak beri yang terbaik bila join, sebab saya sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Saya tidur cuma 3-5 jam sehari, kurang ada masa nak berehat atau bersantai-santai.

Maafkan saya.

Setakat ini adik saya masih mencari seorang pembantu rumah yang boleh diharap dan rajin, sebab kami semua dah ada kerja masing-masing dan tak dapat menjaga Maizurah sepanjang masa. Bapa Maizurah sibuk di luar rumah, kerja-kerja polis banyak mengikat masanya.

Walaupun saya seorang atlit, saya boleh maintain waktu tidur tak sampai 8 jam, tak terasa mengantuk sangat sebab saya cerewet memilih makanan. Makan sembarangan bukan sikap saya. Saya banyakkan makan buah, minum banyak air dan makan lebih banyak sayur.

Setiap minggu, lebih kurang sebotol madu abis saya telan. Itu satu kemestian supaya kekal cergas. Jika Anda mahu kekalkan kesihatan dan kecergasan, boleh amalkan cara yang sama. Makanan kita membentuk tenaga tubuh kita.

Dalam masa yang sama, kurangkan makanan bergoreng dan lawan rasa malas sekuat mungkin. LiveStrong!