Ada juga yang bertanya sebab apa saya begitu terbuka di blog personal ini.
Dah namanya blog peribadi, saya mahu berkongsi apa yang saya lalui, aktiviti saya dan semua apa yang berlaku di sekeliling saya. Anda bebas membaca semua catatan.
Saya tekad memilih untuk menjadi penulis blog. Sebab apa ya?
Pertama, minat. Aspek penulisan ada banyak. Buku, majalah, surat khabar, novel, cerpen, eBook. Tapi dengan blog percuma, bebas menulis dengan pantas, dibaca oleh ramai orang tanpa kawalan seorang Editor!
Walaupun bebas menyuarakan apa saja, sekurang-kuranya Anda kenal siapa saya, Anda tahu di mana saya bermastautin, di mana tempat saya, umur saya dan sedikit latar belakang saya. Berselindung, itu tandanya ibarat melempar batu lepas tu bersembunyi.
Bebas menyuarakan saja, tak semestinya menghentam sana sini seperti blog-blog 'berani' yang pernah saya baca, tetapi bebas untuk berkongsi idea, selagi idea tu membantu menyumbang pada kemajuan orang yang membacanya. Jujur, saya tak suka menghentam sesiapa, memburukkan sesiapa atau marah pada sesiapa.
I'm not blogging for profit. Honestly said, minat menulis blog menjadi keutamaan.
Iklan-iklan yang ada di blog-blog kendalian saya hanyalah sekadar iklan, berapa yang akan saya dapat nanti, itu saya dah tak kisah, dah tak fikir. Paling utama, saya menulis dan terus menulis.