.

Isnin, Oktober 27, 2008

Penting Sebuah Blog

Selama tak bekerja beberapa bulan ini, saya semakin nampak kepentingan sebuah blog bagi saya dan komuniti motivasi. Blog adalah medan untuk saya mempersembahkan kekuatan diri agar saya dapat mencapai sesuatu tahap kecemerlangan.

Dengan kecemerlangan itu, ia akan menjadi penyuntik semangat pada rakan-rakan untuk berusaha dengan lebih rajin lagi. Saya sedar, kecenderungan saya adalah lebih kepada penulisan, sebab di dalam keluarga, ramai daripada pakcik dan makcik saya bekerja sebagai guru.

Sejak kecil saya tengok diorang suka membaca, kemudian menulis apa yang ada di fikiran mereka. Bekerja sebagai guru memerlukan mereka sentiasa menggali ilmu, menakungnya di dalam minda mereka lalu dicurahkan pada anak murid mereka.

Setakat ini saya memilih untuk menjadi penulis blog. Dalam bidang motivasi, dah ramai menulis buku-buku motivasi, tapi masih sedikit menulis blog-blog motivasi untuk bacaan pengguna Internet, khususnya dalam Bahasa Melayu.

Internet adalah sumber rujukan bagi pelajar, pekerja dan sesiapa saja yang kelaparan maklumat.

Andai kita sendiri kurang bahan-bahan motivasi di Internet, kita sepatutnya merasa malu sebab tiada yang memulakan usaha itu sejak dulu.

Laman-laman web motivasi yang ada, cuma memaparkan buku-buku motivasi, profil syarikat, biodata penulis-penulis motivasi dan setiap satu hasil karya mereka. Saya amat kagum sebab ramai yang dah menghasilkan karya dengan sebegitu banyak, bermaklumat pula.

Forum-forum motivasi yang ada masih kurang dengan maklumat, tetapi penuh dengan perbincangan merungkai masalah, juga sedikit perbalahan. Motivasi bukan hanya untuk menyelesaikan masalah, tapi sebagai maklumat untuk kita merubah diri.

Alhamdulillah, blog iMotivasi semakin cemerlang. Jumlah pembaca tetapnya dah mencapai 1600 orang.

Angka itu terus bertambah, tanpa disangka-sangka. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus berjuang.

LiveStrong!