.

Rabu, Oktober 29, 2008

Baru Muncul

Well, its time to get back to work. Lama juga saya hilang tanpa apa-apa berita. Banyak perkara berlaku yang memerlukan saya berada di dunia sebenar sepenuhnya. My life from subuh until midnite is full of busyness. Kesibukan.

Terlalu banyak yang perlu diselesaikan dan diatur, setiap hari. Bukannya kerja. Saya hanya seorang lelaki yang mengorbankan kerjayanya hanya kerana mahu membantu ibu dan bapa.

Bukan dari aspek kewangan, tapi dari tenaga kerja. Hanya saya yang ada kemampuan buat begitu sebab yang lain sibuk dengan hal masing-masing. I'm the one to take over the role.

Apa yang membuat saya sibuk? Menolong jaga anak saudara yang masih kecil, menolong mak menyetelkan kerja-kerja rumah. Lebih kurang macam orang gaji yang sangat sibuk, cuma bezanya, tak ada gaji diberikan. Sekadar atas dasar tanggunggjawab.

Terasa kali ni adalah salah satu cara kehidupan mengajar saya sesuatu. There must be a clear reason why i have to do this all. Anyway, we gonna be strong.

Walaupun tak keluar bekerja sama seperti orang lain, masih tetap sibuk, kurang ada masa menonton tv, juga untuk bersenang lenang. Please, tak perlu bandingkan saya dengan penulis blog yang lain, sebab masing-masing menempuh dugaan berbeza, sudah pasti pendekatan mereka juga berbeza.

Cakap memang senang. Pernahkah kau bermimpi, berada di tempatku? Its hard, suffering long moments.

We have to be strong. I have to!