.

Jumaat, Oktober 10, 2008

8 Jam Strait

Pada tahun 2007, saya boleh biasanya berada depan komputer dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Workstation saya time tu terceruk di satu sudut dalam bilik sewa.

Sebelah kanannya, dua menara buku, satu depan, satu di belakang. Sebelah kiri workstation saya, ada satu speaker besar dan kotak CPU komputer.

Setiap minggu saya baca satu buku. Sebulan, saya baca 10 buku, termasuk buku-buku dipinjam dari Perpustakaan Negeri di sebelah bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Koleksi buku yang saya dah ada lebih 200 buah, 231 buah buku.

Komputer desktop yang saya gunakan ketika itu diberi oleh adik saya, sejurus selepas dia tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Sukan. RAM komputer tu cuma 28MB, tapi komputer itu jugalah yang menemukan saya dengan minat pada bidang penulisan blog.

Syukur tuan rumah tak banyak komplen bila saya pasang line streamyx di bilik kami. Cuma dia naikkan sewa RM10, dengan alasan komputer saya kuat makan karan. Sewa bulanan saya seorang naik menjadi RM115 sebulan.

Saya ada letak gambar workstation lama saya di halaman Friendster, klik di sini untuk melihatnya. Letak sedikit komen, boleh juga. Saya menjemput Anda menjadi salah seorang Friends saya, tapi Anda kena ada akaun Friendster terlebih dahulu.

Walaupun duduk bersila saja mengadap komputer, saya boleh duduk camtu 8 jam stret (straight), atau lebih. Kekadang, bila saya sedang membaca laman-laman web atau blog kawan-kawan, biasanya masa yang saya luangkan lebih 12 jam ke atas.

Kawan-kawan sebilik yang lain bekerja di departmental store. Ada yang jadi promoter, staff sekuriti atau staff supermarket. Ketika itu hanya saya seorang yang beragama Islam.

Bila saya dah berada di kampung ni, dah tak dapat nak duduk 8 jam terus menerus. baru 10 minit start duduk depan laptop, mak saya panggil. Sambung lagi menaip depan laptop 10 minit kemudian, mak saya panggil. Kerja-kerja saya banyak diganggu, sebab saya kena tolong mak menjaga budak baru berumur setahun yang cukup aktif!

Bapa Maizurah seorang anggota polis. Fizikalnya tinggi dan dia meminati sukan lasak. Jadi, tak hairan jika anak pertamanya juga lasak dan aktif. Kekadang laptop saya terbiar berjam-jam lamanya sebab saya menjaga dia, melayan karenah nakalnya dan menemankan dia bermain.

Tanggungjawab seorang pak long besar juga rupanya. Dua orang adik saya mengajar di sekolah, satu mengajar pagi dan satu lagi mengajar di sesi petang. Bapa saya juga mengajar di sesi pagi, mak saya pula mengajar petang Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab dia ustazah kafa kampung kami.