.

Selasa, Ogos 19, 2008

Tak Ada Internet Tak Ada Kehidupan

Kat sini Internet tak lagi jadi kemestian bagi ramai penduduk. Sebut Internet, terbayang ringtone, gosip artis, website Berita Harian, download lagu dan tengok video mengasyikkan di YouTube.

Paling saya tak selesa, tiap kali masuk ke siber kafe, ada beberapa orang tengok apa yang saya buka. Rupanya di sini perkara begitu dah jadi common, sebab orang suka tengok apa yang orang lain buka walaupun sekadar buka Maybank2u.com.my untuk check akaun!

Namun, saya faham mereka. Pada mereka, Internet sekadar satu lagi medium hiburan selepas TV3, Astro dan majalah Mangga.

Terasa bagai tiada kehidupan, tiada informasi terkini bila tak ada internet.

Setiap pagi saya biasanya buka email untuk membaca semua rss feed yang saya langgan. Ada 450 kesemuanya. Oh ya, saya menggunakan Google Reader.

Langkah seterusnya, saya mahu apply Celcom Broadband, untuk saya mengupdate blog dari mana-mana saja! Saya suka bercerita di blog, saya juga suka berkongsi minat saya pada motivasi di blog.

Kenapa saya minat menulis blog motivasi? Saya terangkan di sini.

Seperti seorang gadis gadis muda yang gilakan muzik dan fesyen, sudah tentu dia akan menulis blog muzik, berkata tentang muzik, fesyen terbaru, lirik lagu, bagaimana memainkan kod gitar dan bagaimana mengawal vokal.

Seorang mat rock yang jiwanya rock, sudah tentu akan bergaul dengan mat-mat rock yang lain, atau membuka sebuah blog bercerita tentang rock. Mengapa? sebab dia minat ROCK!

Jadi, apa salahanya jika seorang penggemar motivasi, berkongsi minatnya di blog motivasi?