.

Sabtu, Ogos 09, 2008

Sweet Town Of Semporna

Hmm.. dah lama tak balik kampung. Bila balik, banyak perubahan berlaku.

Pertama, sepupu saya yang remaja. Dulunya lebih rendah dari saya. Bila saya sampai di kampung dan berbual dengan mereka, mereka dah bertambah tinggi dan saya pula terasa semakin rendah.

Banyak perkara yang dibualkan bersama dengan mereka. Mereka berebut nak menunggang basikal saya. Hehe.budak-budak. Saya time kecil, begitu juga. Amat teruja bila nampak basikal.

Saya dalam proses berusaha mencari kamera untuk memuatkan gambar-gambar ketika di kampung dalam blog ini.

Kedua, perubahan di kampung saya. Dah banyak orang baru yang membina rumah.

Kampung ini yang dulunya sepi, kini dah jadi semakin meriah. Kereta-kereta yang parking juga kebanyakannya besar-besar belaka, maybe sebab ramai ahli rumahnya berhijrah ke bandar besar, bekerja di sana seperti saya juga.

Petang tadi, dari jam 4 petang saya meluangkan masa berbasikal ke sekolah lama dulu. Dari rumah, saya berbasikal dengan adik bongsu, adik sepupu dan jiran. Kami jalan berlima..

Oleh kerana saya dah biasa menunggang laju, mereka agak tertinggal di belakang. Dekat kawasan rumah saya, jalan berbukit, naik turun, turun naik. Nampaknya ada peluang besar untuk saya berlatih mendaki bukit dengan berbasikal.

Esok saya ajak diorang mandi laut. Aktiviti wajib tiap kali saya balik kampung!

Saya mahu muatkan lebih banyak gambar di sini, jadi Anda boleh tahu lebih banyak perkembangan diri saya. Kata orang, gambar sekeping, memberi seribu makna..