.

Isnin, Ogos 18, 2008

Sediakan Helmet Sebelum Hujan

Salam pembaca blog, moga sihat sentiasa.

Petang kelmarin saya berbasikal ke pekan Semporna. Kali ni saya pakai helmet cycling, sebab saya takut crash nanti. Bukan sekadar sediakan payung sebelum hujan, tapi kena sediakan helmet basikal sebelum hujan.

Kereta yang dipandu di sini kebanyakannya laju. Pulak tu, banyak kereta besar-besar, macam Mitsubishi Storm, Toyota Vigo, Nissan Hilux, Invader, Cygnus.

Kenderaan seperti ini biasanya dipandu oleh orang yang agak agresif.

Saya tak mahu cedera lagi, sebab itu saya pakai helmet cycling supaya mereka nampak saya berbasikal. Saat saya berbasikal ke pekan Semporna, banyak kereta yang lalu menghon pada saya.

Heran, saya tak kayuh basikal ke tengah atau main-main cam budak-budak, saya bawak lurus apa. Hmm, tak tahu kenapa diorang hon saya, maybe sebab mahu menegur saya..Owh, how lovely!

Helmet saya berwarna kuning hitam. Helmet itu membezakan saya dari penunggang basikal yang lain, lagipun ketika berbasikal, saya mengayuh laju.

Itulah cara untuk saya membina stamina. Saya mahu membentuk diri menjadi sprinter terlebih dahulu.