.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Sebab Apa Saya Menulis 3 Blog

Sebenarnya saat Anda sedang membaca artikel kali ni, saya dah buat kerja lain dan tak lain berada depan laptop saya. Artikel ni keluar secara automatik.

Saya dah ada 3 blog, termasuk iMotivasi yang menggunakan Wordpress. Saya cuma mahu ada 3 blog, tak lebih, sebab saya fokus untuk update lebih dari satu artikel dalam sehari.

Anda tak perlu tunggu lama-lama untuk membaca artikel terbaru blog saya.

Matlamat saya, saya nak update blog di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Dengan bantuan Blogger dan Wordpress, saya boleh update blog secara automatik. Selepas itu, fokus untuk menulis lagi artikel-artikel baru.

Maksudnya, saya boleh masukkan 5 artikel sekaligus, kemudian set waktu ia diterbitkan satu persatu. Bila dah selesai, saya dah boleh fokus ke benda lain, misalnya usaha mempromosi blog.

Dalam Blogger.com, ada fungsi auto update. Maksudnya, Anda boleh set pada waktu apa ia dikeluarkan.

Sebagai contoh, saya menulis sebuah artikel pada jam 11 malam.

Bila dah siap, saya set supaya ia dipublish pada jam 7 pagi keesokan paginya dengan menaip 07:00AM. Kemudian saya akan klik butang Publish.

Selepas pukul tujuh pagi, saya masuk ke blog saya untuk melihat adakah artikel itu benar-benar dipublishkan secara automatik.

Jika Anda dapat membacanya, maka setting saya dah betul dan successful.

Saya selalu menggunakan fungsi automatik untuk mempublish artikel di blog ini. Pada jam 7 pagi, saya dah boleh berbasikal beberapa kilometer dari rumah.

Waktu tengahari adalah waktu di mana idea saya paling deras mengalir. Ke mana kaki saya melangkah, pen dan buku nota setia menemani saya.

Dulunya saya tak biasa bawa pen dan buku nota ke mana-mana.

Tapi, menulis blog kini dah menjadi satu tabiat. Ada saja idea yang timbul.

Sebab itu saya menulis lebih dari dua blog. Idea yang datang saya boleh bahagi-bahagikan mengikut kesesuaian masa.

Kesemua blog saya adalah berkaitan dengan topik motivasi dan pembangunan diri sebab hanya topik itu yang saya benar-benar minat.

Tambahan pula, saya boleh menjana untung dari ruang iklan, seperti iklan dari Nuffnang.

Dengan adanya 3 blog, saya boleh gabungkan income dari ketiga-tiganya sekaligus ke dalam satu akaun. Income saya masih belum mencecah RM50, sebab dekat setahun saya tak letak iklan Nuffnang di blog ni.

Menjana wang dari blog menjadi fokus kedua. Paling utama, saya mahu lengkapkan Anda dengan maklumat melalui artikel-artikel yang saya tulis.