.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Sabahan Bloggers Gathering 2 August 2008


Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.

Saya gemuruh, berpeluh dan agak nervous.

Buat penulis-penulis blog dari Sabah, satu perjumpaan yang di anjurkan oleh Nuffnang dan Exabytes akan diadakan di Imperial International Hotel, Warisan Square, Kota Kinabalu.

Detail di blog rasmi SabahanBloggers, blog Daniel dan blog Caneelia. Anda boleh baca info di blog rasmi Nuffnang. Untuk list terkini Sabahan Bloggers, ada di blog Papajoneh.

Saya akan ke sana, sebab event tahun lalu saya tak dapat pegi. Syukur ada peluang kedua kali ni, alhamdulillah...

Jujur saya katakan, saya lebih kenal ramai blogger dari semenanjung berbanding blogger dari Sabah, sebab saya aktif di forum-forum yang disertai ramai blogger semenanjung, antaranya WangCyber.com dan forum iLuvIslam.

Lebih gemuruh lagi, bila mereka tanya apa nama blog saya. Saya akan jawap dengan suara bergetar, "blog saya namanya iMotivasi". Selepas itu, saya rasa mereka akan terkebil-kebil memandang saya..

Mereka akan tanya, "aa? kamu motivasi? what?" .. (sinonim iMotivasi adalah 'saya motivasi'.)

Sudah tentu nama itu akan menimbulkan kekeliruan jenama.

Maybe blog saya pada mereka merupakan satu lagi jenama produk dari Apple Computers, sebab Apple selalu gunakan brand yang ada huruf i di depan, misalnya iPod, iTunes, iWork, iPhone, dan iMac.

Hanya saya seorang yang menulis blog sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Lebih spesifik, saya menulis motivasi, cuma saya seorang dalam tajuk itu. Ramai blogger Sabah menulis dalam Bahasa Inggeris dan ini merupakan satu cabaran buat saya.

Apa yang menggemuruhkan lagi, bila saya beritahu mereka yang saya ke bandar KK dengan berbasikal dari kem Lok Kawi. Saya dapat bayangkan ekspresi 'kurang percaya' atau 'unbelieveable' di muka rakan-rakan blogger yang akan saya temui nanti.

Dalam fikiran mereka akan bertanya, "takde duit dah ke budak ni sampai naik beskal dari tempat jauh camtu?".

Well, I just wanna be fit, thats all. Saya dah tak boleh hidup dengan gaya biasa lagi...

Mengikut scanning doktor minggu lepas, tubuh saya sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Saya juga disahkan bebas dari alergik atau apa-apa alahan, misalnya alah pada makanan laut atau habuk.

Cuma, cedera di lutut saya masih belum sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.. Kesakitan yang ada dilutut di semakin mengurang, kesan dari intense training dan kecekalan menahan sakit.

Sanggukah Anda berdepan dengan sakit bagai kulit Anda dihiris pisau, 35 hari lamanya?

Itulah apa yang saya rasa. Saya kena sanggup bertahan, sebab sakit itu ada dalam lutut saya. Jadi, kena cekalkan hati. I have to be strong!

Mencapai kecergasan level tinggi adalah salah satu dari matlamat saya, seperti yang saya beritahu Anda beberapa bulan lalu. Basikal yang saya beli bukan sekadar mainan biasa, tapi tools wajib untuk membina kecergasan.

Bila dah sampai ke level tertentu dan melepasi time trial tertentu, saya akan ada basikal baru. Basikal idaman saya adalah Trek Madone 5.5.

Dream BIG
, berani untuk berimpian besar, betul tak?

Saya dah tak ada masa ke kolam renang, setiap pagi dan petang macam tahun lalu. Saya juga dah kurang masa untuk berjoging, main bola sepak bersama kawan-kawan atau bermain tenis.

Jadi, berbasikal dari rumah sewa saya di Kota Kinabalu ke kem Lok Kawi sejauh 16km adalah alternatif terbaik. Saya amat bersyukur sebab Allah memberi saya ruang masa untuk bersukan, walaupun sekadar berbasikal selama sejam.

Berbasikal adalah salah satu sukan taraf tinggi (high competitive sport). Mengayuh basikal memang memeritkan, sama dengan peritnya ketika berlari dan penatnya bahu ketika berlumba di kolam renang.

Saya tak tahu apa yang akan terjadi ketika Sabahan Bloggers Gathering nanti, maybe ada kejutan buat saya..

Hati ini tertanya-tanya...