Saat Anda membaca tips motivasi kali ni, saya andaikan yang Anda sedang dalam proses membina matlamat. Tahukah Anda, matlamat ada dua jenis?
Pertama, matlamat jangka panjang. Kedua, matlamat jangka pendek. Saya panggil matlamat panjang dan matlamat pendek.
Matlamat jamgka panjang biasanya diset untuk jangka masa 5 tahun ke atas. Orang-orang yang cemerlang biasanya menetapkan matlamat dekad ke dekad.
Matlamat jangka pendek, biasanya di set untuk seminggu, sebulan atau 6 bulan. Matlamat jangka pendek ni biasanya ditetapkan supaya kita boleh mencapai satu perubahan yang akan membawa kita kepada pencapaian matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek sebenarnya lebih senang dicapai. Mungkin sebab ia pendek dan agak mudah bagi kebanyakan orang, membuatkan ia lebih disenangi.
Untuk nak menetapkan matlamat jangka pendek, Anda perlu tanya diri sendiri apa yang Anda nak capai.
Selepas itu, set tempoh masanya. Adakah Anda mahu mencapainya dalam tempoh seminggu, sebulan, 3 bulan atau 6 bulan?
Langkah seterusnya, gariskan pelan yang Anda perlu ikuti atau perancangan yang Anda nak buat untuk mencapai matlamat tersebut.
Bila dah selesai semuanya, pastikan Anda lih at matlamat tersebut lebih dari 20 kali sehari, supaya ia melekat di minda Anda.
Kesannya, Anda akan fokus lalu berusaha keras mencapainya!
Selasa, Ogos 12, 2008
Matlamat Panjang dan Matlamat Pendek
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Malaysia,
Motivasi,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog