.

Isnin, Ogos 18, 2008

Masih Menerima Pengunjung

Salam pembaca blog, moga sihat sejahtera.

Saya berterima kasih pada Anda yang rajin masuk ke sini. Maaf sebab saya terlambat sedikit.

Benar-benar tak disangka, walaupun saya jarang fokus ke blog di blogspot.com ini, ia masih lagi menerima pengunjung sehingga lebih 100 orang dalam sehari, dari pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Blog percuma ni menerima sehingga 120 page load dan lebih 30 unique visitor.

Thank you..

Sebagai balasan, saya akan terus berkongsi segala-galanya dalam blog ini. Blog yang Anda baca ni sangat berjasa pada saya. Sepanjang tahun 2007, ia menaikkan saya nama saya dan brand blog iMotivasi.

Ada beberapa orang yang bertanya mengapa saya pilih nama iMotivasi.

Sebelum membeli domain itu, saya telah membuat beberapa kajian. Sesebuah jenama lebih senang di ingati, lebih senang melekat jika ia ringkas.

Misalnya Yahoo, Google, Cayalah!, Acer, Compaq, KFC, Guardian, Adidas, Nike.

Saya mahukan sebuah domain yang cuma wujud dua suku kata. Paling panjang pun, 3 suku kata.

Lalu, timbul idea untuk ambil nama eMotivasi. Namun Allah menunjukkan pada saya supaya mengambil nama iMotivasi. Benar, setiap kesilapan kita ada hikmah di sebaliknya.

Jujur dengan Anda, itu yang berlaku pada saya. Silap sebab bertangguh, namun di sebalik kesilapan tu, saya amat bertuah! Syukur alhamdulillah.

Jenama iMotivasi membuat blog saya lebih senang diingati. Dengan menggunakan Wordpress, blog iMotivasi kini mendapat ranking top 10 di Google, Yahoo dan MSN. Saya sungguh gembira!

Sebenarnya saya telah mula aktif menulis di blog lain dalam bahasa Inggeris. Sebab saya mahu ke pasaran global dan saya mahu dikenali di ruang Internet peringkat antarabangsa.

Biar mereka tahu ada seorang blogger motivasi dari Malaysia!