Sebenarnya, saya tak tahu hari ni dah mula cuti sekolah. Bangun pagi tadi, saya cukup heran adik saya tak ke sekolah, lalu terpacullah soklan bonus bertanya dia skola ke tak, hihi .. malunya saya!
Kat sini berbasikal waktu pagi, panasnya menyengat, mungkin sebab kawasan rumah saya berdekatan bukit. Kat Lok Kawi dulu, sana kawasan rata, lagipun tepi pantai.
Maafkan saya sebab tak ambil gambar sedangkan berbulan saya dok kat dalam tu. Saya cukup bertuah sebab berkenalan ngan ramai mat rockers.
Dari mereka saya belajar erti persahabatan dan sikap jujur. Walaupun mereka baju hitam kelam dan cakap suka yang kasar-kasar, tapi semangat kekitaan di antara mereka cukup kuat. There is no selfishness in them.
Sejak dari kecil dan sewaktu di sekolah menengah, saya tak ramai kawan. Bila di rumah, saya lebih suka bergelumang dengan buku.
Selepas Asar, biasanya saya membantu mak dan bapa saya membersihkan sekeliling rumah, bakar sampah dan apa-apa kerja yang bersangkut-paut dengannya.
Life in Semporna sangat tenang, sungguh tenang. Terasa damai di sini.
Saya tak tahu mengapa, maybe dari suasana kampung.
Selama saya berkampung di kampung ni, segala komunikasi terbatas. Line Digi tak berapa clear, siber kafe pula jauh nu kat pekan.
Nak ke sana, kena tunggu bapa saya sebab mak saya tak yakin saya boleh bawa kereta. Dah 8 tahun saya tak memandu, lagipun saya tak beli kereta masa di KK.
Sukan time petang, kat sini ramai orang main badminton ngan bola sepak. Berbasikal masih kurang feymes lagi, yang ada cuma budak-budak basikal BMX.
Hmm .. imej basikal dengan budak nakal masih lagi melekat di minda penduduk Semporna.
Apa kata jika saya mengubahnya?
Selasa, Ogos 19, 2008
Life In Semporna
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Islam,
Malaysia,
Perniagaan,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog