Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.
Salah seorang pembaca bertanya jika saya akan kembali ke Kota Kinabalu. Jawapan saya.
Tak tahu bila!
Tak pasti saya akan ke Kota Kinabalu semula, bekerja dan menetap di sana.
Ikut kata hati, saya mahu bekerja di Semporna. Setiap pagi saya boleh solat subuh bersama bapa saya, menghantar dia ke sekolah dan menjemput bila dia balik ke rumah.
Saat itu dah lama saya idamkan.
Peranan saya lebih diperlukan disini, sebab saya anak sulung, lelaki pula. Selama saya saya tiada, adik sepupu membantu. Tapi sampai bila?
Sebab dia juga akan sambung belajar ke Kota Kinabalu, seperti saya 8 tahun lalu. Dia masih muda, jadi biarlah dia mengambil peluang itu.
Jika ke Kota Kinabalu, mungkin untuk dua tiga hari mengikut pakcik saya yang berurusan, biasanya saya dibawa sebab saya tahu pasal komputer dan tahu menggunakan Internet.
Ramai ahli keluarga di kampung ni bekerja sebagai guru, dalam masa yang sama berbisnes sebagai kontraktor. Bapa saya tak terkecuali.
Peluang ada, lagipun ramai keluarga yang boleh membantu.
Isnin, Ogos 18, 2008
Kembali Ke Kota Kinabalu?
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Malaysia,
Perniagaan,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog