.

Sabtu, Ogos 16, 2008

Indahnya Ciptaan Tuhan

Ya Allah, aku bersyukur saat menikmati ciptaanmu. Petang hari ni saya berbasikal ke Pekan Semporna yang terletak di tepi laut.

Saya tak bawak kamera untuk menangkap gambar di suasana petang. Saat itu sungguh indah, bangga rasanya tinggal dan lahir di sini.

Basikal saya yang dilekat dengan logo LiveStrong tu menarik perhatian ramai orang di pekan Semporna, lebih-lebih lagi dengan kasut serta helmet saya yang berwarna kuning-hitam. Kat sini time petang ramai orang berbasikal, kebanyakannya basikal BMX.

Saya kagum dengan mereka, sebab mereka ada stamina yang tinggi dan cukup gembira saat berkayuh. Mereka mengayuh berkumpulan, dalam 5-7 orang.

I was so happy seeing them. Hari ini saya tak nak berlumba dengan sesiapa, sebab saya nak menikmati pemandangan cantik di tepi laut.

They keep cheering at me, walaupun saya tak kenal mereka. Saya sempat berbual dengan beberapa orang pelancong dari United States yang kenal logo LiveStrong.

They ask if i am one of the Lance Armstrong representative from Mexico. Ya Allah, saya orang sini bah! Haha. Lucu sungguh.

Dengan English yang tunggang langgang, saya berbual seketika dengan mereka. How wonderful! Mereka juga sempat bergambar bersama-sama saya.

Saya selalu bercerita pada Anda yang saya suka berenang. untuk pengetahuan Anda, saya baru pandai berenang pada tahun 2003, ketika bertugas di Lembaga sukan Sabah.

Saya cukup teruja melihat budak-budak kecil berenang laju, sambil tertawa riang bersama kawan-kawannya. Start dari situ, saya tekad belajar berenang.

Oleh kerana terlalu excited nak sangat berenang, saya belajar berenang sendiri selain selalu bertanya dengan Lifeguard yang menjaga kolam tu. Oleh kerana pada waktu itu saya juga salah seorang dari staff Lembaga Sukan Sabah, mereka dengan murah hati mengajar saya berenang, bermula dari gaya freestyle.

Di artikel akan datang, saya akan berkongsi lebih banyak aktiviti saya di sini, siap ngan gambar sekali..