.

Sabtu, Ogos 16, 2008

Ekspedisi Mandi Laut Ke Jeti Tampi-tampi

Pada 9 Ogos lalu, saya bersama adik sepupu dan jiran sekampung berbasikal ke Tampi-tampi, berdekatan dengan sekolah lama saya, SMK Agama Tawau. Sekarang nama sekolah tu ditukar ke SMK Agama Tun Sakaran.

Jeti Tampi-tampi adalah lokasi penggambaran filem Duyung. Tiap kali balik kampung, mandi laut ke situ adalah perkara wajib. Seronok woo gi mandi laut.

Dalam post kali ni saya kongikan gambar-gambar ketika kami singgah di sekolah lama. Dari rumah, kami ambil masa satu setengah jam untuk sampai ke sana.

Inilah basikal saya, ketika menggunakan handlebar biasa dan dipasang tayar saiz 26. Jalan kampung sesuai menggunakan tayar jenis ini.


Jika saya berkayuh seorang, boleh sampai ke jeti dalam masa kurang dari sejam. Tapi oleh kerana saya "team leader" diorang, saya kena bagi adik-adik saya jalan dulu kat depan.

This is my team mates...


Termasuk saya, 3 orang mengayuh basikal mountain bike dan dua orang lagi pakai BMX. Bangunan biru kat belakang tu, sekolah lama saya.

Kami meneruskan perjalanan..

.. dan ini saat kami baru sampai. Walaupun penat, excited dan tak sabar nak mandi laut!


Ini adalah ekspedisi kami yang pertama mandi laut berbasikal dari rumah. Saya akan masukkan lebih banyak gambar untuk tatapan Anda.

Ahad seterusnya, kami akan ke sana lagi. Yeeehaaa!