.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Dihantui Video Lance Armstrong

Dalam minggu ini banyak perkara ganjil yang saya lalu. Salah satunya selepas membaca eBook Lance Armstrong, Its Not About The Bike - My Journey Back To Life.

Selesai saja membacanya, saya nak baca lagi, terutama muka surat tertentu yang saya dah tanda.

Saya salin beberapa kata-kata yang membangkitkan semangat. Banyak idea mengalir ketika membaca, biasanya saya akan sediakan pen dan kertas conteng-conteng.

Dalam minggu ni saya banyak berfikir bagaimana nak download video-video Lance Arsmtrong yang ada di Interent. Sehari suntuk saya mainkan fikiran itu dikepala.

Guess what? Bila saya buka YouTube dan menaip Lance Armstrong di ruang search, ada beberapa video menarik dah ada diupload dalam tu. Apa lagi, saya kelam kabut download cepat-cepat, convert ke format .mpg dan jadikan VCD untuk koleksi peribadi.

Saya ada download The Secret versi DVD, tapi dari site yang 'haram' punya. Kualitinya kurang memuaskan dan selepas download, banyak virus berkampung dalam pc yang saya gunakan.

Syukur ada fungsi system restore dalam Windows XP, jimat masa nak format semua, lagipun saya belum install Norton ghost untuk membackup fail, dokumen dan driver komputer.

Dah dua minggu saya bermalam di tempat kerja. Dua minggu juga saya makan megi (mi segera) tiap malam, sebab tak leh nak keluar gi beli makanan. Bila siber kafe dah tutup, gerai pun tutup jam 11 jugak. Berlapar saya sampai ke subuh.

Bila nak keluar, saya kena tutup sekejap siberkafe tu. Nak menutupnya, mencabar sungguh sebab pengunjung tak berhenti masuk.

Yang masuk 10 orang, tapi yang pakai pc cuma 2 orang. Sepatutnya kena ada orang ganti jagakan kaunter dan cash di kaunter, supaya saya boleh keluar makan malam.

Oleh kerana saya seorang saja bekerja sampai 11 malam, saya terpaksa berkorban.

Perut ni dah berkeroncong. Biasanya time petang saya beli mi segera Maggi, telur, kuih, biskut, sardin, 100 Plus dan Malta sebagai pengalas perut di waktu malam nanti.

Banyak kan? Saya kuat makan.. sebab, banyak tenaga yang akan saya gunakan nanti. Badan tak pandai berisi juga, huhu..

Cuma waktu siang saja saya ada peluang merasa makan nasik. Masuk saja lepas Maghrib, memang tak dapat keluar makan le jawapnya.