.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Blogger Sabahan Menulis Blog Motivasi

Dari servay yang saya lakukan, ternyatalah cuma saya seorang blogger Sabah yang menulis topik motivasi di blog.

Kebanyakan blogger Sabahan yang saya jumpa blog mereka di Internet lebih ramai menulis tentang aktiviti peribadi, photo blog, masak-masak, travel, pelancongan, seni, digital graphic design, kekeluargaan, komputer dan teknologi serta muzik.

Dari survey yang saya lakukan, cuma sedikit blogger Sabahan menulis dalam bahasa Melayu. Saya banyak merujuk ke Giuk.net, direktori blog yang mengumpul rss feed dari Sabahan bloggers.

Sometime timbul rasa diri juga sebab blog simple saya tak setanding dengan blog yang ditulis dengan mereka. Ya, jujur dari hati, itulah yang saya rasa.

Namun, saya menggunakan reverse thingking.

Saya anggap yang mereka mahu saya berusaha lagi supaya blog simple saya lebih dikenali ramai, di Malaysia, Brunei, Indonesi, Thailand, Mesir, UK dan Australia. Dari negara-negara itulah ramai pengunjung blog saya datang.

Selepas ini saya mahu menulis dengan lebih rajin lagi, sebab saya mahu apa yang saya kongsikan memberi kesan positif dalam diri sesiapa jua yang membacanya.

Blog ini masih ada fokus, khususnya dalam aspek pembangunan diri. Apa yang saya kongsikan dengan Anda di sini masih tak lari dari fokus itu.

Alhamdulillah, idea tetap mengalir walaupun saya dah maintain lebih dari sebuah blog. Bakat ini kurniaan yang Maha Esa, perlu saya gunakan untuk memberi manfaat pada orang lain, supaya mereka dapat menjalani hidup yang lebih baik.

Kat dalam Friendster pun saya tulis blog juga, lebih kepada sekadar suka-suka supaya sesiapa yang melihat profil saya tahu saya wujud dan gambar itu, muka sebenar saya.

Well, di Friendster orang boleh menyamar dan mereka boleh menggunakan gambar sesiapa saja yang mereka mahu, untuk berselindung di sebaliknya. Dengan rajin menulis blog di situ, pengunung profail saya tahu itu adalah saya yang sebenar-benar saya.

Ok. mulai sekarang saya mahu tegas dengan diri sendiri.

Rasa malu, segan atau rendah diri, letak tepi dulu. Saya mencabar diri sendiri supaya rajin menulis artikel-artikel di blog dan berkongsi apa saja aktiviti saya.

Dah setahun saya menulis di blog simple ini. Dah setahun juga blog simple ini berdiri.

Untuk itu, saya tak mahu menoleh ke belakang lalu, ke memori lalu yang dah lama saya lupakan.
Sudah tiba masanya untuk menempa kejayaan untuk masa hadapan.

Kita perlu berani berubah. Dare To Change!.