.

Khamis, Ogos 21, 2008

Blog Lama Di Blogspot Apa Ceritanya

Terima kasih pada pembaca yang rajin hantar sms bertanya, apa fokus saya untuk blog lama ni.

Dulu saya pernah cakap yang saya takkan update lagi blog lama saya ni, tapi oleh kerana ia dah ada lebiih 600 buah artikel dan dah lebih setahun di ruang Internet, saya memutuskan untuk meng'hidup'kannya kembali.

Apa fokus saya di sini? Hanya satu, motivasi.

Selain topik motivasi, saya akan bercerita pasal blogging, bisnes, motivasi usahawan, komputer, software dan sukan, terutama renang dan berbasikal. Saya juga akan selang selikan dengan cerita tentang semua yang berkait dengan diri saya, aktiviti harian dan apa saja maklumat yang memberi manfaat buat kita bersama.

Saya suka menulis dan saya tetap akan menulis, sebab saya rasa sungguh seronok melakukannya.

Jujur dari hati, sebuah blog tak cukup untuk saya. Sebab, idea sentiasa mengalir deras dan selalu ada. Alhamdulillah. Thank You Allah!.

Team Blogger dari Google bekerja keras setiap hari untuk menjadikan Blogspot ni semakin user friendly.

Satu demi satu perubahan berlaku. Paling terbaru, kini ada beberapa widget diletak dalam ruang sidebar dan "Dashboard" juga dah berwajah baru. Lihat Dashboard blog saya...


Walaupun dengan blog percuma kita tak boleh mengawal kandungannya, juag berisiko untuk ditutup pada bila-bila masa, tapi saya percaya jika kita rajin kongsikan maklumat bermanfaat, Google takkan memadam blog kita sesuka hati.

Bestnya, Google juga membenarkan Blogspot untuk tujuan review berbayar. Jika Anda menggunakan Wordpress.com dan ada membuat beberapa "sponsored post", kemungkinan besar blog Anda akan dipadam serta merta tanpa pemberitahuan melalui email..Maka terkantoilah Anda.

Saya ada membina 12 blog 'splog' atau spam blog untuk tujuan BlackHat marketing.

Blog-blog itu tak ada tujuan lain, hanya untuk menarik trafik dan contentnya pula main kopi pes saja, satu etika yang sememangnya di larang.

Tapi, sehingga ke hari ini, blog-blog spam saya masih ada! Wow!!

Terima kasih Google, kerana sungguh bermurah hati.