.

Khamis, Ogos 21, 2008

Bagaimana Nak Membina Nama Jika Blog Anda Hanya Blog Percuma

Jika blog Anda hanya blog percuma, tak perlu takut.

Saya faham, sebab saya dulu bermula dengan blog percuma juga. Blog yang Anda baca ni adalah blog tempat saya bermula.

Salah satu ketakutan yang saya hadapi adalah, takut blog saya tak setanding dengan blog-blog di domain sendiri, yang ada hosting sendiri, yang dikenali ramai. Namun, sangkaan saya salah.

Rupanya, pembaca hanya mahukan entri terbaru dari kita, tak kira berapa kali kita update blog, janji kita rajin menulis dan rajin menambah kandungan terbaru di blog kita, walaupun kita hanya menggunakan blog percuma. Trust me, i've been there!.

Satu lagi, Anda perlu JUJUR. Pembaca blog kebanyakannya bekerja dalam bidang professional. Mereka kebanyakannya bijak menilai. Jangan anggap Anda mudah memperbodohkan mereka.

Mereka dapat mengenal pasti mana satu blogger yang ikhlas memperkenalkan diri dan mana satu blogger yang hanya tahu bersembuyi di sebalik sebuah blog, dengan alasan pemalu.

Perkenalkan diri Anda, kongsikan serba sedikit latar belakang diri Anda, tapi jangan dedahkan semua. Cukup sekadar nama, latar belakang pendidikan dan kerja sekarang.

Anda yang baru bermula dalam dunia blogging, tak perlu takut, tak perlu risau. Gunakan reverse thinking untuk memberi semangat pada diri Anda supaya terus menerus rajin menulis.

Jika Anda merasa kecil berbanding nama-nama blogger Malaysia yang besar, anggap saja mereka memberi peluang Anda untuk membina nama. You still got time! Untuk rajin menulis di blog, Anda kena rajin membaca juga, dalami topik blog Anda.

Bagi saya, saya minat membaca buku-buku motivasi. Saya amat teruja bila bercakap tentang motivasi.

Saya juga amat seronok, macam tak nak berhenti bila menulis tentang motivasi, pembangunan diri dan bagaimana memberi semangat pada diri sendiri.

Kawan-kawan blogger yang lain dah mengenali nama saya sebagai blogger motivasi. Sebut saja Shueqry, mereka akan ingat topik motivasi dan blog motivasi, sebab nama saya dah sinonim dengan motivasi di ruang Internet. Hanya motivasi menjadi fokus penulisan di blog-blog saya.

Bagaimana pula dengan Anda? Anda sudah ada fokus dalam menulis blog?

Walau apapun topik blog Anda, tulis pasal satu topik saja sebagai topik utama. Jika blog Anda bercerita tentang peribadi Anda dan aktiviti Anda, maka rajin-rajinlah menulis dan hidangkan pembaca dengan perkembangan terbaru Anda.

Mungkin, hari ini Anda sungguh gembira sebab mendapat hadiah dari kekasih Anda, atau ayah Anda dinaikkan pangkat, apa kata kongsikannya di blog? Saya percaya ramai pembaca tertunggu-tunggu tulisan terbaru di artikel-artikel seterusnya.

Paling penting, jadikan menulis blog satu tabiat. Jadikan aktiviti blogging sebahagian dari diri Anda.

Menulislah walaupun cuma 2 perenggan atau cuma dengan sekeping gambar. Janji, Anda rajin update blog dan rajin menghidangkan maklumat terbaru.

Jika blog Anda hanya blog percuma, tak perlu merasa rendah diri. Saya dan blogger-blogger otai yang lain boleh membantu, terutama dari aspek penulisan dan teknikal blog.

Saya akan kongsikan apa saja, selagi ia dapat memberi manfaat pada Anda dan pembaca lainnya. Sebab, pada saya hidup ini lebih bermakna bila kita rajin berkongsi dan rajin memberi.