Jika Anda masih belum tahu siapa Darren Rowse, dia lebih dikenali dengan nama 'ProBlogger'.
Kerjanya ni lebih unik dari orang yang lain, sebab dia menjana pendapatan sepenuh masa dengan blog Wordpress.
Wordpress digunakan oleh hampir kesemua blogger professional di luar sana. Bagi Anda yang mahu ada blog sendiri yang menggunakan Wordpress, dapatkan panduan lengkap memulakan blog sendiri di sini. Saya rekemenkan!
Saya kenali Darren Rowse sejak tahun lalu. Membaca kisahnya membuat saya penuh dengan inspirasi, selepas itu idea-idea penulisan mengalir laju.
Dia tak buat kerja lain, cuma menulis blog dari rumahnya di Australia. Dalam kebanyakan post yang ditulis olehnya, dia tak memberitahu di mana lokasi rumahnya.
Cuma yang dia beritahu, dia menulis blog dari Australia. Hmm, maybe untuk tujuan keselamatan barangkali.
Walaupun pada peringkat permulaan saya berblog menggunakan Blospot (atau juga dikenali sebagai Blogger.com), akhirnya saya berpindah ke blog Wordpress di domain sendiri. Sebab, saya mahu menjadi seorang blogger professional.
Walaupun sekarang tak menjana apa-apa wang di peringkat permulaan, tapi saya percaya saya MESTI memulakannya, jika tidak, saya akan ketinggalan!.
Beberapa tahun dulu, sya suka menulis dalam diari peribadi, menulis tentang hari-hari yang saya lalui, benda-benda yang saya lalui dan apa saja yang terlintas di hati.
Berbanding dengan lelaki-lelaki lain, saya cukup berbeza.
Sebab, saya suka bersukan, meminati muzik dan dalam masa yang sama, suka menulis. Tak ramai lelaki yang boleh menyeimbangkan akademik dengan sukan serta hiburan.
Tapi, saya suka melakukan ketiga-tiganya sekaligus, tiap-tiap hari dalam kehidupan saya.
Di Sabah ada ramai blogger professional, lebih dari 21 orang yang saya tahu. Kebanyakannya lebih suka low profile dan kurang menonjol.
Ya, sampai ada yang menjana belasan ribu ringgit sebulan dari blog Wordpress masing-masing. Sumber pendapatan mereka adalah Google Adsense, produk affiliate dan "paid reviews".
Saya tak kata blog dari blogspot, tapi Wordpress. Sebab, memberi komen di blog yang menggunakan Wordpress lebih menyenangkan pengguna berbanding di blog-blog yang menggunakan Blogspot (atau blogger).
Saya bercakap melalui pengalaman sendiri. Walaupun saya banyak kali ubah kod blog di Blogspot milik saya ni, tapi ramai pembaca mengadu susah sikit nak bagi komen, sebab kotak komen lambat keluar, lebih dari 8 saat. Kesannya, pemberi komen menjadi kurang selesa.
Blog Wordpress lebih cepat diindeks oleh enjin carian. Apa saja yang Anda tulis, cepat di capai oleh encik Google, encik Yahoo atau tok guru MSN.
Hehe, ini adalah gelaran saya buat ketiga search engine tersebut. Sebab ini juga yang membuat ramai blogger professional yang menjana ribuan dollar setahun menggunakan Wordpress.
Tak semestinya Blogspot ni lambat di indeks oleh enjin carian. Tetapi, selepas setahun menggunakan Blogspot, saya perasan blog yang menggunakan Wordpress lebih cepat diindeks oleh enjin carian.
Blogspot pula, memakan masa dua atau lima jam untuk diindeks selepas mempublish satu post.
Kesannya, ramai pengguna internet lambat menemui blog Anda, lalu membuat blog yang menggunakan Wordpress lebih cepat dijumpai oleh pengguna Internet.
Ok, kembali pada kisah Darren Rowse. Dia menjana USD$100,000 setahun dengan hanya bekerja sebagai penulis blog sepenuh masa.
Dia menulis lebih dari sebuah blog. Ada blognya khusus untuk menulis tentang keagamaan, digital kamera, handphone berkamera (atau smartphone) dan teknik blogging.
Kini ada berpeluang menjadi blogger professional seperti Darren Rowse.
Saya juga, sedang dalam proses mencapai status blogger profssional. Saya berusaha keras menjadikan impian ini satu realiti.
Rabu, Ogos 06, 2008
Bagaimana Darren Rowse Menjana Ribuan Dollar Di Internet
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Malaysia,
Perniagaan,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog
