Dalam post kali ni, saya akan terangkan apa dia matlamat.
Dari apa yang saya fahami, matlamat adalah target.
Matlamat juga adalah sesuatu yang kita nak capai. Jika kita mahukan sesuatu, itu dah dikira sebagai matlamat.
Matlamat lahir dari keinginan. Jadi, untuk memastikan matlamat kita benar-benar hidup dan sentiasa melekat di minda, keinginan kita perlu kuat. Biar membara!
Kata orang putih, biar kita ada "burning desire", maksudnya keinginan yang meluap-luap. Selagi kita tak capai apa yang kita inginkan, selagi tu kita tak berhenti berusaha.
Takrif matlamat berbeza pada setiap orang. Dari pengalaman saya sendiri, matlamat lebih senang dicapai jika Anda menulisnya di atas kertas putih lalu baca matlamat tu berkali-kali dalam sehari, kalau boleh 20 kali sehari seperti yang saya kongsikan dalam artikel lalu.
Salah satu matlamat saya, adalah ingin menjadi blogger motivasi dikenali ramai.
Saya ada satu keinginan membara, di mana saya mahu nama saya dikenali di Internet serta di media lain, antaranya TV3, Astro Oasis atau Sabah FM.
Saya dah kongsikan matlamat saya. Anda pula, apa matlamat yang Anda nak capai?
Selasa, Ogos 12, 2008
Apa Sebenarnya Matlamat
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Malaysia,
Minda,
Motivasi,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog