.

Sabtu, Ogos 09, 2008

8.8.08 Balik Kampung!

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.

Saya menulis blog ini dari Semporna, Sabah. I'm spending a few days on emergency vacation. Kelmarin, 8.8.2008, saya dalam perjalanan ke kampung dari Kota Kinabalu.

Bila di kundasang air cond bas tu rosak. Kami semua ada 30 orang dan masing-masing duduk dalam bas dalam keadaan berpeluh. Panas memang panas, kurang selesa.

Tapi, kena tahan dulu, yang penting sampai di kampung.

Fuhh, sejak dari hari raya tahun lepas, saya tak pernah balik ke kampung menjenguk orang tua dan ahli keluarga yang lain. Saya bawa sekali basikal saya, yang saya lekat dengan logo LiveStrong.

Sejak dari terminal bas di Inanam, ramai orang kehairanan melihat saya. Biasanya hanya pelancong saja yang selalu bawa basikal naik bas ekspress ke Semporna, ke Tawau atau Lahad Datu.

Tapi, saya seorang saja. Pulak tu, saya orang tempatan. Ketika dalam bas, seorang makcik tanya saya, di mana saya belajar.

Saya cuma tersenyum. Inilah untungnya dikurniakan muka 'budak-budak' sebab saya masih nampak muda walaupun dah berumur 27 tahun.

Saya dengan ramah berkenalan dengan macik tu, kemudian memberitahu saya dah lama habis belajar dan sedang bekerja. Dari tak kenal, makcik tu berkongsi banyak cerita, terutama tentang anak gadisnya yang sedang belajar di bandar Kota Kinabalu.

Berkenan barangkali makcik ni.. Kami berpisah di jalan Kunak dan saya meneruskan perjalanan bersama penumpang lain ke Semporna.

Panas dalam bas semakin menyengat. Bayangkan duduk 6 jam tanpa penghawa dingin, memang kurang selesa. Payah cemanapun, saya masih boleh tertidur walaupun muka berpeluh-peluh.