.

Khamis, Julai 31, 2008

Maintain My Good Day!


Hari ni, dipermulaan pagi saya berniat mahu maintain hari 'good day' sehingga ke saat saya masuk tidur. Saya kerap kali memberitahu diri sendiri, "this is my good day, i wanna make it a really good day".

Saya berniat mahu kekalkan semangat ini, dari selepas solat subuh sehingga ke tengah malam. Untuk itu, saya takkan benarkan apa-apa situasi, perkara, benda atau sesiapapun mengubah mood saya.

Saya tekad. I wanna be strong. I must!

Walaupun ada gangguan, saya tetapkan matlamat mahu maintain good mood sepanjang hari, menjadi lelaki yang gembira dan girang, terutama tiap kali teringat hidupnya 3 tahun dari sekarang.

Ya, itu yang membuat saya makin bersemangat.

Saya selalu bayangkan yang saya berjaya miliki rumah idaman, kereta idaman, berbasikal setiap hari untuk menambah kecergasan, bercuti bila-bila masa dan travel ke mana saja, berkongsi inspirasi pada Anda dan sesiapa yang memerlukan. Gaya hidup sebegini yang saya benar-benar mahukan!.

Saya tekad mahu merubah hidup ke level yang lebih baik, walau apapun rintangan akan saya hadapi. Saya selalu bayangkan hidup bahagia saya 3 tahun dari sekarang, saat mata Anda menatap blog saya ini.

Setiap kali selepas selesai sembahyang, saya berdoa pada Allah supaya memberi petunjuk untuk saya merubah diri menjadi insan yang teguh semangat dan tahan berdepan apa jua cabaran.

Saya mahu menjadi seorang muslim yang strong in heart, mind and soul, kuat di minda, fizikal dan rohani, sekuat yang mungkin supaya saya dapat mengubah hidup saya sepenuhnya.

Semuanya bermula di minda. Saya mahu maintain mood 'good day' selama 365 hari, jika diizinkan Allah, saya mahu feel good sepanjang hidup saya!