.

Sabtu, Julai 26, 2008

Lapar, Tak Ada Makanan!

Kala menulis post kali ni, perut berkeroncong dan tak ada apa yang tinggl untuk di makan. Jam 7 tadi bergegas gi kota kinabalu, ada meeting network marketing sama sama-sama bos.

I have to rush. Start 7.03pm dari Lok Kawi, sampai di KK jam 7.45 malam. Heavy traffic di jalan, sebab ramai orang balik kampung bercuti di hujung minggu.

Orang di bandar KK keganjilan tengok basikal tu. Maybe sebab logo LiveStrong yang melekat di bar basikal atau cycling helmet saya yang berwarna kuning hitam.

Saya masuk ke Radius Hotel masih memakai bike shorts dan cycling jersi, ngan helmet dan botol air di tangan. Kena cari wash room dulu untuk tukar baju ni, basah dengan peluh. Jika pakai track bottom naik basikal, tak dapat nak speed habis.

Terkedu recepcionist hotel tu tengok saya kelam kabut dengan pakaian cycling yang masih melekat ketat di badan... er, entah apa yang dia tengok. Basikal saya tinggalkan berkunci kat luar, dekat ngan security post. Mo kena cari washroom dulu, meeting dah start. I'm late!

Sepanjang meeting, saya menahan lapar. Maybe sampai di kem saja nanti baru makan, sebab makan time berbasikal berat kaki nak mengayuh bila perut menghadam makanan. Nak gi tapau nasikdi pasar malam, tak sempat tadi sebab meeting start awal.

Kang nanti keluar sekejap, macam tak sopan pula. Tahan saja lapar ni..

Ekon yang dipasang kuat sangat. Oleh kerana sejuk dan menahan lapar, badan menggigil kesejukan.

Pegang pen nulis nota pun begegar, menggigil dan vibrate. Aduhhh ... laparnya.

Check dalam beg, minuman dah habis, energy bar pun dah habis. Apa nak makan ni? badan mula vibrate kelaparan.

Habis ja meeting, terus gergas balik kem Lok Kawi, semat singgah beli 10 Plus. Sampai di kem jam 11.30 malam, gerai dah tutup.

Ya Allah, apa nak makan malam ni? Teringat mee goreng ayam, beliur pulak jadinya.

Petang tadi pun hanya sempat singgah di KFC, beli ayam goreng 2 ketul semata-mata nak lepas geram nak makan ayam goreng tu.

Alamak .. apa nak makan malam ni .. lapar sungguh. Seharian tak sempat nak sentuh nasi langsung. Nak keluar makan, orang datang ke siber kafe tak berhenti, susah nak tutup sekejap nak gi makan.

Satu apa makanan pun tak ada. Biskut, megi, apa-apa mi segera atau keropok.

Langsung tak ada. Alamak, terpaksa menahan lapar sampai ke pagi..

Oh my, apa nak buat untuk cover lapar ni... dalam kem Lok Kawi kedai tutup awal, dah tu tadi pula saya kelam kabut gi KK semata-mata mau kejar masa.

Lambat bertolak sebab tunggu habis orang di siberkafe ni guna Internet, itupun terpaksa dipujuk berabis, minta diorang datang esok pagi saja sebab siberkafe dah nak tutup. Saya tegur baik-baik, maki hamun dan sindiran pedas pula yang saya terima. Inilah cabaran bila siberkafe kena tutup awal jam 6 petang dan ia berlaku setiap Jumaat.

Berdepan dengan warga tentera ni kena banyak sabar. Diorang selalu tak bersopan.

Maki hamun, tak faham orang lain dan biasa dengan attitude diorang. Tunjuk kuat dan sikap pemarah diorang., supaya lawan diorang gerun. Well, they are trained that way.

Huh, kalau kena ngan orang panas baran, silap haribulan jadi perang dunia. Berdesing telinga dengar caci maki dan sindiran, tapi kena tahan hati.

Bos suruh tutup awal, turun KK dan tolong apa yang patut time meeting. I have to do what being told. Saya tak nak komplen, jadi pekerja kena ikut arahan.

Berat sungguh dugaan. Petang tadi kena maki hamun, time meeting tahan lapar, sekarang tak ada satu apa nak dimakan.