
Bersemangat sungguh lepas baca kisah hidup Lance Armstrong. Membaca buku tu macam terasa kita dekat dengan dirinya, melalui kepayahan yang dialaminya dan sama merasa kesakitan yang ditanggungnya ketika kemoterapi.Sesiapapun takkan percaya bekas pesakit kanser ini, bertukar menjadi lagenda sukan berbasikal yang masih tak dapat dilupakan. Acara yang dimenanginya bukan sekadar perlumbaan biasa tetapi Le Tor De France yang diiktiraf sebagai kejuaraan lumba basikal paling berprestij di dunia.
Saya menjadikan Lance Armstrong sebagai inspirasi bila berjumpa dengan video kisah dirinya yang bangkit dari kepayahan berperang dengan kanser lalu muncul menjadi juara di kalangan juara.
Kekuatan mental dan fizikal Lance memberi booster semangat yang tak saya temui di tempat lain.
Dia bersaing bukan dengan niat menunjuk yang dia kuat, tetapi menggalakkan pelumba lain menjadi kuat sepertinya dengan memberi semangat kepada mereka supaya terus mengejar dia yang berada di depan. Membaca setiap perkataan hasil tulisannya, memberitahu kita dalam diam yang Lance seorang lelaki jujur, berdedikasi dan sangat berdisiplin.
Tajuk buku biografinya memberi makna mendalam, Its Not About The Bike, My Jpurney Back To Life.
Kisah bagaimana dia digugurkan dari pasukan Cofidis kerana mengidap kanser lalu menyertai sebuah pasukan kurang ternama waktu itu, US Postal Pro Cycling Team yang dianggap 'underdog' kerana mengambil Lance Armstrong menyertai mereka.
Setelah menjadi juara dalam Le Tour De France tahun 1999, ramai pihak yang memandang negatif pada Lance kini mula membuka mata. Nyata kemenangan itu buakn satu kebetulan, setelah dia memanginya pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.
Membaca buku ni membawa Anda mendalami kisah disebalik kejayan pertama Lance memengani Le Tour De France pada tahun 1999. Lance berkongsi kisah dirinya dari kecil, ayah Tirinya Terry Armstrong yang curang, basikal pertamanya dan bagaimana dia menjadi seorang atlit yang sangat kompetitif walaupun berumur 14 tahun.
Bezanya, saya membaca buku ni dalam format digital PDF setebal 218 muka surat. Saya tak beli, dapat percuma saja.
Dari mana? Seorang kawan dari Livestrong.org mengirimkan saya eBook ini bersama dengan eBook Lance Armstrong yang lain, tajuknya Every Second Counts setebal 198 muka surat.
Jika nak beli eBook Lance ni di Amazon.com, harganya dalam USD$10. Tapi saya dapat percuma!