Fuhh, keliru dan bingung. Kalau gear basikal, dah lama jem sebab tak tahu nak pilih jalan yang mana satu.
Saya dok pk nak beli ebook mana satu. Satu tentang Adsense dan satu lagi eBook ClickBank. Kelemahan saya adalah, diberi pilihan lebih daripada satu dan pilihan tu pula ada dua.
Jika dalam memilih jodoh, amat sukar untuk saya memilih, bila pilihan dah ada dua. Bila kedua-duanya gadis bertudung, lagi payah saya nak pilih mana satu!
Jika time beli baju, saya abiskan 1 jam semata-mata membanding dua helai baju. Check luar ke dalam, bawah ke atas, kiri ke kanan, sudut atas ke sudut bawah, pandangan depan ke pandangan belakang, last sekali, saiz medium atau saiz large.
Ini cabaran saya setiap kali membeli apa saja barang, sukar membuat pilihan!
Mungkin, itu pentunjuk dari Allah supaya saya start mencari peneman hati.
Tentang Adsense, saya minat Adsense ni sebab saya suka pada penulisan blog. Tulis lepas tu publish.
Jika rajin menulis walaupun English tunggang langgang, blog akan naik rankingnya di search engine, lalu blog itu akan ketahuan oleh ramai pengguna alam Internet.
ClickBank sungguh hebat. Namun menjadi affiliate menjadi keminatan kedua.
Sebab, dalam fikiran affiliate baru, fikir sal duit dulu baru kerja keras. Minat atau kurang minat, belakang kira sebab nak mencari duit. Sebenarnya itu tak salah, cuma yang kurang betul, bila mindset duit yang dulu, passion letak di belakang.
Tapi, melalui pengalaman saya, kita akan cepat give up bila kurang minat dan hanya mahukan duit dulu. Hal ini seringkali terjadi pada marketers baru.
Walaupun komisen RM50 misalnya, tapi bila gagal buat duit melalui sesebuah website, diorang akan cepat give up. Diorang akan kata, benda ni takleh make money.
Affiliate is ok, profitable bila ngam tekniknya. Tapi jika di beri pilihan antara memasarkan website affliate dan mempromote sebuah blog,saya memilih blog.
Sebab saya minat menambah info di dalamnya melalui penulisan.
Sepanjang tahun 2006, saya hanya tahu memasarkan produk affiliate. Yup, i make money form the US market, tapi kurang ghairah untuk teruskan lagi usaha tu, sebab kurang keseronokan.
Duit memang masyuk, tapi macam kurang fun, kurang hepi. Walaupun pernah terima cek, tapi macam nak sesuatu yang lebih lagi dari itu.
Something yang membuat saya cukup teruja dan cukup puas hati.
Blog adalah umpama sebuah rumah. Pembaca blog adalah umpama tetamu kita.
Kita perlu sambut tetamu dengan ramah mesra. Dalam Islam, kita digalakkan untuk memuliakan tetamu.
Nabi Muhammad terkenal dengan sikapnya yang memuliakan tetamu tiap kali ada bertandang ke rumahnya, walau siapapun dia. Sedangkan seorang Nabi sanggup memuliakan tetamu, apa lagi kita yang cuma umat saja. Jadi, kita kena layan tetamu dengan lebih baik!
Makanan dan minuman percuma, majalah percuma, Astro percuma dan maklumat percuma tentang sesuatu adalah perkara yang add value pada diorang, dari pemberian kita sebagai tuan rumah.
Diorang akan sanggup datang lagi, sebab ada makanan percuma, minuman percuma dan maklumat percuma yang diberi berterusan. Diorang dah jadi suka.
Ini umpama di blog. Kita konsisten nulis artikel baru tiap hari. Kita kenalkan siapa diri kita dan offer diorang contact kita, if they wanna ask something. Semuanya percuma.
Mereka cuma perlu datang, itu saja. Lebih banyak kita bagi yang percuma, lebih ramai orang datang.
Setiap kali mereka datang, diorang bawak kawan, member, kamceng, geng, sahabat, friend (tak kira boy atau girl, janji friend!) atau family diorang sebab sentiasa diorang puas hati bila datang ke blog kita.
Saya kembali pada contoh rumah tadi tu. Oleh kerana diorang suka datang, apa saja yang melekat di dinding rumah, misalnya gambar, akan ditanya oleh mereka. Tiba-tiba timbul minat diorang nak tahu.
Dalam sebuah blog, apa saja link yang 'melekat' di muka depan blog tu, akan menimbulkan tanda tanya mereka, lebih-lebih lagi berkaitan dengan apa yang diorang nak taw.
Lalu berlakulah sebuah "klik".
Sebagai pembaca blog, dia akan terus mengklik bila berpuas hati dengan apa yang dia jumpa.
Sama seperti di dalam sebuah rumah, dia akan terus bertanya bila terlihat gambar lain, di frame lain yang melekat di dinding rumah tersebut. Logik kan?
Dalam sebuah blog, selain menulis kita juga boleh meletak link affiliate di dalam artikel sebagai recemendation, di sidebar sebagai 'more info' penambah maklumat mereka atau di bahagian footer sebagai iklan biasa.
Mereka hanya mahu tahu apa kandungan artikel terbaru. Selesai membaca, mata mereka akan melilau mencari apa lagi yang berkaitan, yang boleh menambah pengetahuan mereka dan yang add value.
Guess what? From my test result, text link do more click than banner ads.
Banner yang kecik boleh make money, tapi readers yang 'baru' dan 'teruja' selepas ketahuan artikel-artikel menarik di blog Anda, akan mengklik apa saja text link dalam kaler biru yang berkaitan. Diorang tak berapa klik banner yang silau berkilau lagi menyilaukan, hehe..
Sebab, hanya akan menganggapnya sebagai iklan biasa, melainkan ada words "klik di sini" atau "percuma".
From my research and test, test, test, text links sales more!
Bagi rakan-rakan yang pembaca yang benar-benar berminat mahu membina blog Wordpress serta menjana wang part time dari blog itu, dapatkan PakejBlog dari Team Flarebiz sebagai panduan diperingkat asas membina blog.
Selain eBook Panduan Membina Blog Wordpress, ada eBook tambahan yang membantu kefahaman Anda, lengkap dengan panduan langkah demi langkah membina blog.
Buat satu-satu, dengan kesabaran, Anda sudah boleh membina blog sendiri, kurang dari 10 minit dengan fungsi Fantastico. Apa dia Fantastico? Klik di sini untuk maklumat lanjut...
Klik di sini untuk melihat sendiri blog Wordpress hasil kerja saya!
Ahad, Julai 27, 2008
Dalam Dilema Nak Beli eBook Mana Satu
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Malaysia,
Motivasi,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog